Roar (1982), Filem Paling Berbahaya Dalam Sejarah Perfileman Hollywood



Pembikinan filem semestinya mempunyai risiko yang tersendiri. Pengarah sentiasa mencari cara untuk membikin filem mereka dengan lebih realistik. Pada 1981, filem Roar boleh dikatakan sebagai filem yang sangat berbahaya dan ganas kerana ianya menggunakan singa sebenar dalam penggambaran.

Roar diarahkan oleh Noel Marshall dan dibintangi oleh Tippi Hedren dan Melanie Griffith sebagai pelakon utama. Malah pengarah sendiri turut terlibat sebagai pelakon dalam filem berkenaan. 

Filem ini diilhamkan oleh Tippi Hedren sendiri yang merupakan isteri kepada pengarah filem ini yang pernah bekerjasama dalam penghasilan dokumentari berkenaan singa pada 1969. 

Penggambaran filem Roar bermula pada 1974. Ianya berkisar tentang sebuah keluarga yang diserang hairan liar di rumah mereka. Untuk filem ini, mereka gagal untuk mendapatkan 30 hingga 40 ekor singa seperti yang diminta di dalam skrip. Oleh itu, mereka akhirnya mula membela sekor anak singa bagi tujuan penggambaran filem ini.

Masalah pula timbul apabila ada jiran-jiran yang tidak menyenangi kehadiran anak singa itu di rumah mereka. Lalu, pasangan itu menempatkan singa yang bernama Neil itu di sebuah ladang di pinggir Los Angeles yang kemudiannya menjadi lokasi penggambaran filem Roar.

Selepas itu, mereka menyewa lebi banyak singa lain termasuklah beberapa ekor gajah dan ladang itu kini kelihatan seperti sebuah zoo mini. Dianggarkan terdapat 150 haiwan liar di lokasi penggambaran tersebut semasa penggambaran dijalankan.

Penggambaran mengambil masa lima tahun berbanding perancangan asal selama 9 bulan sahaja. Pengarah sinematik filem itu, Jan De Bond pernah mendapat jahitan sebanyak 220 jahitan kerana dicakar di kepala. Pelakon utama juga pernah dilempar gajah sehingga patah kaki dan cedera di kepala. 

Pengarah filem ini, Noel Marshal juga pernah dicakar harimau bintang dan menyebabkan tisu badannya rosak. 

Sayangnya, filem yang begitu besar perancangan itu menjadi kerugian yang besar apabila tidak mendapat sambutan semasa tayangan. Kini, filem ini diangkat sebagai filem yang paling berbahaya dihasilkan dalam sejarah perfileman Hollywood.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan