Punyalah Ganas, Rupanya Nama Rambo Berasal Dari Nama Buah!

First Blood (1982) memperkenalkan watak John Rambo kepada dunia. Filem yang merupakan adaptasi dari novel tulisan David Morrell pada 1972 itu mengisahkan tentang John Rambo yang terpaksa mempertahankan dirinya setelah menjadi buruan polis di sebuah pekan kecil bernama Hope, Washington. 

Filem First Blood kemudiannya berkesinambungan dengan beberapa buah filem lagi dengan filem terakhir Rambo ialah pada 2019 yang diberi tajuk Rambo: Last Blood.

Nama Rambo nampak gah dan ganas. Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui yang Rambo sebenarnya berasal daripada nama buah epal yang cukup terkenal yang dikenali sebagai Rambo Apple. Buah epal Rambo ditanam sekitar kurun ke 17 oleh seorang lelaki Sweden bernama Peter Gunnarson Rambo.

Di dalam buku, hanya nama Rambo sahaja digunakan untuk menggambarkan wataknya. Hanya di dalam filem, barulah nama pertamanya diperkenalkan iaitu John. John Rambo! Gabungan yang cukup mantap dan ganas.

Penulis buku First Blood pernah menceritakan bagaimana dia mendapat idea untuk mencipta nama Rambo. 

I took a bite of the apple and discovered that it was in fact delicious. ‘What's it called?’ I asked [my wife]. ‘Rambo,’ she replied … Instantly, I recognized the sound of force. It also reminded me of the way some people pronounce the name of a French poet I'd been studying, Rimbaud, whose most famous work is ‘A Season In Hell,’ which I felt was an apt metaphor for the prisoner-of-war experiences that I imagined Rambo suffering. - sumber

 Walaupun nama diambil sempena nama epal, Rambo kini antara watak ikonik lakonan Sylvester Stallone yang tidak mampu dibuang dari pelakon itu lagi. Kejayaan aksi-aksi dalam filem Rambo mencorakkan pelbagai filem aksi masa kini dan cukup ikonik bagi francais tersebut. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan