Nasir Bilal Khan, Pelakon 'Rare' Yang Luar Biasa

Nasir Bilal Khan ialah antara pelakon Malaysia yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelakon ini semestinya dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Munafik 2 dan juga Penunggang Agama. Namun, bagi yang belum mengenali insan seni ini, pelakon ini mempunyai kisah di bidang seni yang cukup panjang. 




Lahir pada 1 Julai 1960, pelakon yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini sememangnya terkenal dengan suara dan gaya lakonan yang unik. Kemunculan pertamanya di layar perak ialah melalui Perempuan, Isteri dan dot dot dot (1993), dan kemudiannya disusuli dengan filem Amok (1995).
Sebelum dikenali dengan watak dalam Tanah Kubur, pelakon ini turut membintangi filem-filem seperti Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Niyang Rapik (2010), Laga (2014), Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium (2015) dan banyak lagi.

Lakonannya dan karakternya yang unik menjadikan pelakon ini tiada tandingan dan agak unik jika diberikan karakter untuk sesebuah filem. 

Nasir Bilal Khan cukup aktif dalam melakonkan telefilem. Antara telefilem yang terkenal seperti Takbir Suci (2006), Misteri Balan-balan (2004), Hajat (2017) dan banyak lagi. 

Dalam usia yang mencecah 60an, pelakon ini begitu dikenali dengan lakonannya dalam drama Tanah Kubur. Pelakon ini pernah menyatakan yang dia hanya akan menerima tawaran jika watak yang diberikan membawa pengajaran kepada masyarakat. 

Kemunculannya dalam Munafik 2 menjadi fasa kelahiran semula pelakon ini di layar perak. Selepas itu, dia juga memegang watak sama dalam filem Penunggang Agama. 

Amok:

Penunggang Agama:

Perempuan, Isteri dan Dot Dot Dot:




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan