Nabil Kasi Bonus Kalau 'Mat Bond Malaya' Kutip RM10 Juta Di Astro First

Pelawak yang akhirnya menjadi pengarah filem, Nabil Ahmad meletakkan azam untuk memberi insentif kepada kru filem dan pelakon jika filem tersebut berjaya mengaut RM10 juta apabila Mat Bond Malaya ditayangkan di Astro First kelak. Dengan insentif itu, dia berharap dapat membantu penggiat seni yang tekesan sepanjang Covid-19. 

Mat Bond Malaya ialah karya si fi komedi yang membariskan pelakon Naqiu, Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar ini merupakan sebuah filam remake dari filem Mat Bond lakonan Mat Sentol pada 1967.

Dalam temubual bersama Harian Metro, Nabil Ahmad menyatakan yang dia sudah berjanji untuk membayar insentif jika filem tersebut berjaya mengutip RM20 juta. Namun, disebabkan perancangan untuk ditayangkan di pawagam gagal, jumlah syarat untuk insentif dikurangkan ke RM10 juta.

Sebenarnya, saya sudah beritahu mereka bahawa saya mahu bayar dua kali ganda sekiranya filem itu mencecah RM20 juta. Ini kerana asalnya filem itu patut ditayangkan di panggung wayang.
Setakat ini, kutipan tertinggi untuk filem tayangan Astro First ialah Mael Totey The Movie. Jika filem Mat Bond Malaya berjaya memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Hantu Kak Limah dan Polis Evo, ianya semestinya sesuatu yang cukup baik.

Mat Bond Malaya bakal menemui penonton di Astro First mulai 20 Julai 2021. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan