Video Ahmad Fetri Yahya Sebelum Popular Tular!

Ahmad Fedtri Yahya, siapa yang tidak mengenali pengacara dan juga pencipta lagu yang cukup sinonim dengan stesen TV Media Prima, TV3 ini. Beliau merupakan antara pengacara Malaysia Hari Ini yang cukup ikonik. Beliau juga turut terlibat dalam menerbitkan program keagamaan seperti Madrasah dan juga Jejak Rasul.



Di dalam bidang penulisan lirik, banyak penyanyi sudah melantunkan bait ciptaannya. Antaranya seperti Noraniza Idris, Nora, Siti Nurhaliza dan Ramai lagi.

Suka Filem telah memuat naik sebuah video yang mana memperlihatkan Ahmad Fedtri Yahya ketika beliau masih lagi muda belia dan masih menjadi pelajar di Universiti Sains Malaysia. Di dalam video tersebut, beliau ditemuramah oleh pengacara Ally Iskandar dalam satu rancangan pada tahun 2003. 

 

Video ini berjaya meraih lebih 6 ribu likes daripada penonton di laman Facebook dan juga telah dishare lebih 800 kali dalam masa kurang daripada 24 jam. Malah, tontonan video berdurasi 1 minit 52 saat juga sudah mencecah lebih 100 ribu tontonan. 

Untuk info, video ini pernah tular pada tahun 2017 dan rata-rata memuji keupayaan Ahmad Fedtri Yahya dalam berkata-kata. Di dalam video tersebut juga, Ally Iskandar sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa dia boleh gulung tikar dengan gaya percakapannya. 

Ahmad Fedtri Yahya merupakan pelajar lulusan Sarjana Muda Komunikasi (Filem & penyiaran) dengan minor Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia. Beliau juga pernah menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor USM ketika istiadat Konvokesyen USM 2003.

Sumber info: Wikipedia


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan