Header Ads Widget

Hairul Azreen Siap Sedia Berlakon Filem Aksi Antarabangsa 'Berzerker'

Hairul Azreen kini disahkan sebagai sebahagian pelakon filem aksi noir terbitan UK, Berzerker yang bakal menjalani penggambaran musim panas ini. Pelakon yang terkenal dengan filem aksi, Paskal dan Wira itu kini membuktikan bahawa dia mampu untuk keluar dari industri filem Malaysia dan ke persada antarabangsa.



Pelakon yang memulakan kerjaya lakonan melalui filem Senario: Ops Pocot itu akan melakonkan watak Noble, seorang bekas penjenayah yang kini membalas dendam terhadap kisah silamnya. Menurut pengarah filem ini, Ranjeet S. Marwa, filem yang bakal dilakonkan Hairul Azreen ini menggabungkan elemen Blade Runner dan juga Ong Bak. 

Berzerker sudah berada dalam proses pra produksi semenjak Mac dan penggambaran akan bermula pada musim panas ini di Birmingham. Lagak aksi filem ini bakal dikoreografi oleh Kiran Pande, pereka lagak aksi dari Manester. 

I look forward to joining the Berzerker team in the UK. The story is great, the locations are great and director Ranjeet and I have been wanting to work together for a while. The opportunity arose with this project and thanks to Ranjeet and the producers that we can now officially begin production soon.

Walaupun Berzerker bukan sebuah filem dari Hollywood, nampaknya Hairul Azreen sudah berjaya untuk mendapatkan perhatian daripada pembikin filem antarabangsa. Sebelum ini, pelakon ini sudah berjaya untuk tampil dengan filem arahannya sendiri, Ada Hantu yang akan bersiaran di Disney+ Hotstar pada Julai nanti.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments