Eric Bana Takkan Kembali Untuk Lakonkan Watak Hulk

Marvel Studios memang mengalami sedikit masalah untuk menghidupkan watak Hulk. Dengan penampilan pertamanya melalui watak lakonan Eric Bana, filem Hulk kemudiannya beralih kepada lakonan Edward Norton yang menjadi filem yang berkait pertamakalinya dengan MCU. Namun, apabila MCU sudah mula mengorak langkah, Mark Ruffalo mengambil alih peranan tersebut.



Francais MCU kini ke arah memperkenalkan dunia multiverse apabila watak Abomination lakonan Tim Roth akan kembali untuk She-hulk. Mungkinkah Eric Bana akan turut kembali melakonkan watak Hulk dari filem lakonannya pada 2003?

Malangnya, pelakon ini mendedahkan yang dia tidak berminat untuk kembali memegang watak Bruce Banner lagi. Di dalam sebuah temubual bersama Jake's Takes, Bana menyatakan yang dia tidak pernah mengimpikan bahawa dunia filem superhero sebesar ini sekarang. 

Ketika dia mengambil peranan sebagai Hulk pada 2003, dia hanya melihat peluang itu sebagai peluang sekali sahaja dan tidak ada peluang untuk kembali. 

No, I just, when I went and did that film, that was kind of like pre-Marvel universe. I mean, that universe didn’t even really exist. It always felt like a one-time film for me. That world where you go off and do a movie and there are going to be sequels, that framework didn’t even exist back then. So I guess the short answer is no. I never felt like it was something I was going to reprise or do again and after all this time, I can’t see that happening.

Masa hadapan multiverse MCU masih belum jelas setakat ini. Namun, adakah Eric Bana akan kembali mungkin akan berubah dari masa ke masa. Apa yang penting, jika ruang dan peluang ada, pastinya kita akan dapat menyaksikan kemunculan Eric Bana kembali sebagai Hulk.

Filem Hulk terbitan 2003 diarahkan oleh Ang Lee dan masih belum berada di dalam garis masa MCU ketika itu. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan