Snyderverse Akan Ditamatkan Dengan Reboot Mengikut Konsep 'Flashpoint'

 Selepas bertahun menunggu, semestinya para peminat bergembira apabila Zack Snyder's Justice League akhirnya diterbitkan di HBO Max dan HBO Go sebulan lalu. Walaupun Warner Bros tidak ada perancangan untuk meneruskan Snyderverse, para peminat masih berharap ianya menjadi kenyataan kerana Zack Snyder ada perancangan untuk Justice League 2 dan 3.



Dalam temubual di Justice Con bersama artist papan cerita DCEU, Jay Olivia mendedahkan bagaimana Warner Bros akan menamatkan Snyderverse sekaligus memberi ruang untuk watak baru muncul. Menurut Olivia, dia percaya Warner Bros akan menamatkan Snyderverse mengikut cara Flashpoint yang membenarkan francais tersebut mengambil pelakon lain untuk beberapa watak.

Yeah I mean I think that was the plan was that they would do like the four or five parters and then we would do a Flashpoint kind of reboot, where you can bring in a new cast afterwards.

Olivia percaya yang filem The Flash yang dikatakan akan dimasukkan elemen dari Flashpoint adalah turning point untuk DCEU dan Snyderverse. Jika ya, maka filem The Flash pastinya memberi pelbagai kunci kepada DCEU yang lebih stabil pasca Snyderverse. 

The Flash bakal ditayangkan pada 2022 bakal membawa elemen multiverse dalam DCEU. Zack Snyder tidak terlibat langsung dalam The Flash, namun ideanya mungkin digunakan untuk filem tersebut bagi reboot francais DCEU yang makin runtuh. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan