Header Ads Widget

Sekuel Filem Zack Snyder Terbaru, 'Army of the Dead' Dah Ada Tajuk Rasmi

Walaupun filem Army of the Dead masih belum ditayangkan di laman penstriman Netflix, Zack Snyder sudah pun mempunyai perancangan untuk filem prekuelnya. Army of the Dead merupakan sebuah filem zombie apokalips yang berkisar pasal sebuah pasukan yang cuba melakukan rompakan besar ketika dunia dilanda kemusnahan zombie.



Filem sekuel tersebut kini diberi tajuk Army of Thieves dan bakal diarahkan oleh Matthias Schweighofer yang juga turut berlakon dalam dua filem berkenaan. Filem ini juga bakal dibintangi barisan pelakon dari filem pertama yang bakal tayang kelak.

Perkara ini diumumkan oleh Zack Snyder sendiri dalam sesi Q&A selepas terbitnya trailer terbaru filem berkenaan. Army of Thieves bakal memfokus kisah latar watak Ludwig Dieter dan juga bagaimana watak tersebut jatuh cinta dengan hobi membuka peti besi. 

Army of Thieves sudah pun siap penggambaran pada Disember 2020 dan hanya menunggu tayangan selepas filem Army of the Dead ditayangkan di Netflix dan pawagam seluruh USA.

Filem Army of the Dead yang bakal ditayangkan di Netflix pada 21 Mei 2021 ini menandakan kembalinya pengarah itu ke pengarahan filem bergenre zombie selepas remake Dawn of the Dead yang membuatkan dia dikenali ramai. Ini juga film pertama Zack Snyder yang diarahkan bukan dibawah Warner Bros.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments