Sekuel '47 Ronin' Bakal Diteruskan Di Laman Penstriman Netflix

 Filem 47 Ronin yang diterbitkan pada tahun 2013 merupakan sebuah filem yang gagal dari segi kutipan. Filem tersebut namun antara yang diingati kerana lakonan Keanu Reeves. Walaupun kutipan yang teruk, 47 Ronin disahkan akan mendapat sekuel yang bakal diterbitkan oleh Universal Pictures dengan kerjasama Netflix.



Menurut laporan Deadline, skrip filem tersebut bakal ditulis oleh pelakon siri Lucifier, Aimee Garcia dan juga penulis hebat, AJ Mendez.

Dalam satu respon kepada berita ini, AJ dan Garcia menyatakan berikut:

“AJ and I are excited to write a diverse and inclusive action film,” said Garcia in a statement. “Director Ron Yuan’s vision to blend martial arts, horror, cyber-punk and action was inspiring and we’d like to thank the team at 1440 for being so supportive.” “As creators of color, we’re honored to be part of a modern, multicultural story with powerful female leads,” added Mendez.

Filem pertama 47 Ronin diarahkan oleh Carl RInsch yang mana diinspirasikan daripada 47 ronin yang sebenar. 47 orang ronin tersebut merupakan para pendekar samurai terhebat di era ke lapan belas. Dengan kos USD225 juta, filem 47 Ronin tidak mampu balik modal sepanjang tayangannya.

Dengan perancangan sekuel 47 Ronin di Netflix, pastinya ini akan memberikan ruang baru untuk sekuel filem ini berkembang dengan baik.

Sumber: Deadline


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan