'Saw 10' Kini Dalam Proses Perancangan Untuk Difilemkan

 Filem kesepuluh dalam francais Saw kini dilaporkan dalam proses perancangan untuk dibikin walaupun filem kesembilannya, Spiral: From the Book of Saw masih belum ditayangkan lagi. Filem yang bermula daripada filem arahan James Wan yang memperkenalkan pengarah itu ke persada dunia memang cukup terkenal.



Spiral: From The Book of Saw adalah idea daripada pelakon komedi, Chris Rock yang mana cukup meminati francais itu dan cuba untuk memberikan nafas baru kepada francais tersebut. Chris Rock membintangi filem kesembilan Saw itu bersama Samuel L. Jackson yang mana berkisar pasal pembunuh yang meniru gaya pembunuhan Jigsaw.

Berita tentang penerbitan Saw 10 (a.k.a Saw X) ini didedahkan oleh Production Weekly melalui laman Bloody Disgusting. Filem kesepuluh ini turut dilaporkan akan diterbitkan penerbit sama iaitu Twisted Pictures dan Lionsgate dan juga produksi James Wan, Atomic Monster. Buat masa ini, tiada maklumat lanjut berkenaan sinopsis ataupun pelakon, namun projek ke sepuluh Saw ini seakan sudah diberi lampu hijau.

Saw bermula dengan skala filem bajet kecil namun berakhir dengan keuntungan yang memberansangkan sekaligus membentuk francais. Mungkinkah klu kepada Saw 10 akan ada dalam Saw 9, kita nantikan jika filem ini berjaya lepas untuk ditayangkan di pawagam Malaysia. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan