Satu Kajian Dedahkan Marvel Lebih Popular Dari DC!

Era perdebatan antara peminat Marvel dan DC tidak pernah pudar. Malah, isu ini sentiasa berlegar di media sosial dan menimbulkan polemik dikalangan penggemar dua gergasi komik superhero berkenaan. 



Namun, antara kedua dua penerbit komik itu, semestinya ramai yang memilih untuk berlapang dada dan menerima kedua-duanya. DC dan Marvel ada kekuatan yang tersendiri walaupun mereka bersaing untuk menjadi paling popular.

Menurut Screenrant, Retail Game telah menganalisis data carian Google dan juga telah mengasingkan data mengikut negara dan juga negeri di Amerika Syarikat. Dalam kajian tersebut, didapati bahawa Marvel dicari di lebih 60 negara dan DC pula dalam 51 negara. Marvel juga mendapat carian di tangga ke 28 di 50 negeri Amerika Syarikat. 

Spider-man menjadi antara watak Marvel yang paling banyak dicari di seluruh dunia. Tempat kedua diikuti oleh Wonder Woman. Tempat ketiga pula ialah Batman dan di tempat keempat diungguli oleh Iron Man.

Untuk kategori antagonis atau watak jahat, Thanos mengungguli carta carian sebelum diikuti watak Joker dan Venom. Agak mengejutkan apabila watak keempat ialah watak Emplate, sebuah watak mutan yang tidak pernah difilemkan tetapi terkenal di kalangan peminat komik X-Men.

Apapun, antara DC dan Marvel, kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Analisa berdasarkan analisa data Google ini mungkin boleh diambil ringan sahaja. Tak perlu gaduh-gaduh sampai kubur. 

Sumber: Screenrant



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan