Header Ads Widget

Pengarah F9 Sahkan Brian O'Conner Masih Hidup!

 Pengarah filem Fast & Furious 9, Justin Lin mendedahkan bahawa watak Brian O'Conner lakonan Paul Walker masih lagi hidup di dalam universe filem tersebut. Walaupun filem ini lebih menumpukan kepada watak Dom, Brian juga tidak kurang pentingnya. Sepanjang francais Fast & Furious, Brian muncul dalam 6 daripada 7 filem Fast & Furious. 

Walaupun filem Fast 7 berjaya menutup perjalanan watak Brian dengan cukup baik, para peminat francais Fast & Furious masih berminat untuk tahu apakah wataknya sedang buat di kala rakan-rakannya terlibat dengan misi berbahaya.



Di dalam filem Fast 9, watak isteri Brian, Mia akan kembali. Ada peminat mendedahkan yang Brian sudah mati di dalam universenya walaupun tidak diceritakan di hadapan skrin. Namun, agak mengejutkan apabila Justin Lin mendedahkan yang Brian masih lagi hidup di dalam universe filem Fast & Furious.

Yeah, that is a constant issue and something I always want to be very respectful of. The fact that Brian O'Conner is still alive in this universe needs to be acknowledged. We're treating F9 as the first film of the last chapter, and at some point it is something I think about and how we can really show his presence but in a respectful way. So it's always ongoing. I feel like in 9 we've done it in a way that I feel good about, but, as we go into trying to wrap up the saga, it's something that I will continue to always be thinking through.

Justin Lin mendedahkan yang dia menghadapi cabaran untuk memastikan watak Brian kekal relevan walaupun pelakonnya sudah tiada. Ada khabar angin juga menyatakan watak Brian akan membuat kemunculan dalam filem F9 namun tidak dipastikan bagaimana caranya. 

Namun, kemunculan Mia dalam F9 tanpa kehadiran Brian mungkin lebih mudah dijelaskan kerana Dominic Toretto ialah saudaranya dan Dom sendiri terpaksa berhadapan dengan adiknya sendiri, Jakob. Jadi, mungkin ketika Mia sedang menjalankan misi, Brian di rumah menjaga anak-anaknya.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments