Marvel Studio Rancang Lamar Zack Snyder Untuk Arah Filem Reboot 'Ghoot Rider'

Marvel Studios nampaknya berada di landasan yang cukup baik sekarang. Dengan pelbagai filem dan juga siri Original Series yang agak menarik, Marvel Studios terus mengorak langkah menjadi antara francais filem terhebat di era ini. Dengan filem seperti Shang-Chi and the Legen of the Ten Rings yang akan mengeksplorasi dunia martial art MCU, manakala Thor: Love and Thunder dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness pula ialah antara filem yang akan menjadi luar biasa.



Dengan tamatnya era Zack Snyder di DCEU, ada desas desus yang menyatakan yang Zack Snyder kini dalam risikan dan pemerhatian Marvel Studio untuk diambil sebagai pengarah filem reboot watak Ghost Rider. Perkara ini masih belum ada pengesahan, namun ianya hanyalah khabar angin yang berlegar di laman Wegotthiscovered.com.

Jika ini benar, Zack Snyder sememangnya bakal mengubah angin dan halatuju MCU dengan total. Semestinya aura pengarahannya di dalam tiga filem DCEU akan nampak jelas dan memberi impak besar kepada perjalanan watak Ghost Rider.

Menurut laman itu, buat masa ini, Zack Snyder masih belum dihubungi pihak Marvel. Namun, sama ada dia menerima tawaran untuk filem superhero itulah yang menjadi persoalannya.

Buat masa ini, Zack Snyder bakal kembali dengan filem zombie, Army of the Dead yang bakal ditayangkan di Netflix. Dilem tersebut mencetuskan hypenya yang tersendiri dan bakal membina francais zombie di Netflix.

Jika Zack Snyder menerima tawaran untuk mengarah filem Ghost Rider untuk MCU, maka semestinya ianya akan nampak gah dan penuh slow-motion berbanding filem Ghost Rider lakonan Nicholas Cage pada 2007 dan 2011. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan