Marvel Studio Bakal Bikin 'Captain America 4'!

Marvel Studios kini dalam perancangan untuk membikin filem keempat Captain America yang bakal diterajui oleh penerbit The Falcon and the Winder Soldier, Malcolm Spellman. Perkara ini begitu mengejutkan ramai penggemar filem MCU selepas tamatnya siri Disney+, The Falcon and the Winter Soldier.



Menurut The Hollywood Reporter, Marvel Studios bakal mengembalikan watak The Falcon lakonan Anthony Mackie. Filem ini bakal ditulis skrip oleh Malcolm Spellman dan juga penulis skrip sama untuk The Falcon and the Winter Soldier, Dalan Musson.

Buat masa ini tiada barisan pelakon dan plot filem yang diketahui. Semuanya masih awal dan tarikh tayangan filem keempat Captain America pun masih belum pasti.

Namun, dengan siri The Falcon and The Winter Soldier yang sudah melabuhkan tirai, sudah dapat dipastikan yang filem keempat Captain America bakal mengambil kejadian selepas habisnya siri itu. 

Marvel Studios nampaknya kini sudah mula mengeksplorasi dunia baru MCU apabila ada jalan cerita di dalam siri Disney+ akan berkait dengan filem-filem mereka. Persoalan besar yang pastinya ditunggu-tunggu, adakah Chris Evans akan kembali melakonkan watak Steve Rogers? 

Walaupun persoalan ini tidak dijawab dalam siri Disney, pastinya jika Chris Evans kembali walaupun sekadar cameo, ianya cukup mengujakan.

Dengan barisan filem MCU yang tertangguh kerana Covid-19 dan barisan filem yang sudah diumumkan, Captain America 4 mungkin akan hadir sedikit lewat. Mungkin jangkaan besar tayangan filem ini ialah sekitar 2023 dan ke atas. Tapi, apapun, kita tunggu saja pengumuman tarikh rasmi kelak. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan