Joe Taslim Siap Tandatangan Empat Lagi Sekuel 'Mortal Kombat'

 Dalam satu temubual bersama Variety, pelakon Mortal Kombat dari Indonesia mendedahkan yang dia telah menandatangani empat lagi sekuel filem tersebut untuk memegang watak Sub-Zero. Itu pun kalau WB nak teruskan dengan sekuellah. Filem Mortal Kombat kini sudah ditayangkan lebih seminggu di pasaran Asia namun akan menemui penonton US pada minggu ini.



Joe Taslim yang sebelum ini pernah terlibat dengan filem Fast & Furious 7 mendedahkan perkara ini dalam sebuah podcast Just for Variety.

I was born in South Sumatra. We were poor so I didn’t have the console because it’s expensive. I went to my friend’s house every day to play the game. But you get there and there are like 10 kids lining up. Who wins keeps playing…so it takes me to get to my part like 40 minutes.

Adalah menjadi lumrah kepada studio di Hollywood untuk memberi pelakonnya untuk bersetuju dengan sekuel akan datang melalui kontrak walaupun filem itu tidak diketahui untung ruginya. Malah, perkara ini sudah menjadi tradisi dalam dunia lakonan filem MCU lagi.

Jika Mortal Kombat menjadi laris untuk tayangan di US, sudah pastinya WB mempunyai arah tuju jelas untuk menghasilkan sekuel filem ini. Watak Sub-Zero sememangnya cukup ikonik ditambah pula dengan lagak aksi pelakon tersebut yang agak fresh untuk pasaran US.

Joe Taslim pernah diminta untuk memperlahankan aksi pergaduhannya kerana terlalu cepat dan sukar dirakam kamera. Pergh!

Filem Mortal Kombat akan menemui penonton US dan HBO Max mulai 23 April 2021. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan