Header Ads Widget

Filem Sony Tahun 2022 Bakal Tayang Di Netflix Selepas Habis Tayangan Pawagam

 Netflix kini sudah menandatangani perjanjian dengan Sony untuk menayangkan filem mereka di penstriman tersebut selepas habis tayangan di pawagam. Filem yang termasuk dalam perjanjian ini termasuklah filem Uncharted lakonan Tom Holland.



Langkah yang diambil Netflix ini semestinya untuk mengekalkan platform penstriman itu berada sentiasa di hadapan dengan pelbagai pesaing penstriman lain yang wujud seperti HBO Max/ HBO Go, Amazon Prime Video dan pelbagai lagi.

Terdahulu, Amazon Prime Video membeli hak cipta filem Coming 2 America dengan jumlah harga USD125 juta. Netflix juga, pada tahun 2020 telah menyambar filem hebat seperti The Lovebirds, Enola Holmes, The Trial of the Chicago 7 dan The Woman in the Window sekaligus menghalang filem tersebut dinikmati di pawagam. 

Sebelum ini, Sony sememangnya sudah ada perjanjian ekslusif untuk filem mereka terutama filem animasi. Kini, perjanjian diteruskan dengan filem live-action dan juga memberi ruang untuk menayangkan filem tersebut terus ke laman penstriman.

Perjanjian ini mungkin antara langkah besar Netflix yang merupakan strategi Netflix sendiri. Di masa hadapan, pelanggan Netflix mungkin dapat menonton filem Jumanji lakonan Dwayne Johnson dan Spider-man lebih awal di Netflix selepas tayangan pawagam. 





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments