Pelakon aksi, Jason Statham sememangnya dikenali ramai dengan kelincahan aksinya. Pelakon berusia 53 tahun itu terkenal dengan filem bergenre aksi dan semestinya apabila kita menonton filem lakonannya, aksi tangkasnya menjadi perhatian.. Statham sebelum ini terlibat dalam francais Fast & Furious, The Expendables dan juga filem The Meg.
Ura-ura terbaru menyatakan bahawa pelakon Dwayne Johnson cuba untuk memujuk WB supaya mengambil pelakon tersebut dalam filem DCEU di masa hadapan. Dwayne Johnson dan Jason Statham sebelum ini pernah berlakon sekali dalam filem Hobbs & Shaw dan sememangnya mereka cukup memahami kualiti lakonan masing-masing.
Setakat ini, Jason Statham tidak pernah mengambil watak bertemakan superhero lagi. Jika Warner Bros nampak kekuatan Statham dalam dunia DCEU, sudah pasti Statham pilihan yang tepat untuk menjadikan DCEU lebih meriah.
Buat masa ini, perkara ini hanyalah gosip biasa dan tidak pasti lagi betul atau tak. Adakah Statham mampu untuk menjadi satu watak superhero atau boleh jadi watak antagonis yang mungkin akan bertarung dengan Black Adam di masa hadapan?
Sumber: WeGotThisCovered
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================






0 Ulasan