Alfred Molina Sahkan Doc Ock Dalam 'No Way Home' Adalah Dari Filem 'Spider-man 2'

 Pelakon yang pernah memegang watak Doc Ock dalam filem Spider-man 2, Alfred Molina mengesahkan yang wataknya yang bakal membuat kemunculan dalam filem Spider-man: No Way Home ialah watak yang sama seperti dalam filem Spider-man 2. 



Sebelum ini, kemunculan Alfred Molina dan watak Doc Ock dalam filem Spider-man: No Way Home hanyalah sekadar khabar angin dan tidak dapat disahkan. Namun, kini pelakon itu sendiri mengesahkan yang dia memegang watak yang sama daripada filem arahan Sam Raimi terdahulu.

Menurut temubual Variety, Alfred Molina menyatakan yang watak Doc Ock di dalam filem No Way Home berkesinambungan daripada penceritaan dimana dia dianggap mati selepas filem Spider-man 2 berakhir. 

Jika apa yang dikatakan oleh Alfred Molina ini benar, maka MCU kini sudah cuba untuk menghubungkan pelbagai universe melalui pelbagai elemen. Namun, persoalan sama ada akan berlaku multiverse atau tidak tidak dipastikan lagi.

Jika wujud multiverse di dalam Spider-man: No Way Home, maka berkemungkinan besar kebanyakan watak dari filem Spider-man arahan Sam Raimi mungkin boleh kembali di dalam universe MCU. 

Sangat mengujakan apabila Doc Ock bakal membuat kemunculan semula kerana wataknya cukup menarik di dalam filem terdahulu. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan