Ulasan Filem: V (2020)


Tahun Terbit |
2020
Pengarah | Mohana Krishna Indraganti
Pelakon | Nani, Sudheer Babu, Nivetha Thomas

Filem Tamil, mahupun apa saja jenis filem dari pelbagai bahasa dari India, tidak akan nampak seri kalau tiada filem super cop. Genre super cop ni mungkin hanya ada di India sahaja, sebab di sana sahaja, polis digambarkan dengan imej yang begitu menakutkan. Malah, kadangkala, polis juga diberi kuasa sehingga mampu melawan gangster seorang diri. 

V ialah sebuah filem Telugu yang mempunyai konsep yang sama. Tapi, ianya lebih kepada kritikan sinis. What if kalau kau ialah super cop dan digilai ramai, tapi sebenarnya kau masih ada side kerjaya kau yang masih gagal nak kau selesaikan. Inilah V, sebuah filem bergenre supercop thriller yang mana sedikit unik di certain part, dan ada clichenya di sesetengah bahagian.

Filem yang kini boleh dilayan di Amazon Prime ini ialah sebuah filem aksi thriller yang mempunyai gabungan rasa yang sedikit pelik. Selalunya, genre super cop akan deal dengan aksi gangster yang memang melampau. Tapi, untuk V, filem ni mencampur aduk elemen thriller misteri yang menjadi main dishes penceritaan filem ni.

Kita diperkenalkan dengan CDP Aditya, seorang polis yang sentiasa kebal dan tak pernah tak hebat dalam menyelesaikan kes. Namun, gelaran super cop yang dipegangnya tercalar apabila adanya seorang pembunuh yang merancang untuk membunuh beberapa orang kenamaan yang ada kaitan dengan satu tragedy. Aditya perlu menyelesaikan kes ini sebelum dirinya mendapat imej buruk. 

Filem ni kelihatan agak sendu di separuh masa pertama. Aku expect filem ni ada banyak adegan cemas dan benda-benda yang boleh buat aku stick ke layar skrin. Namun, sebaliknya, filem ni dipenuhkan dengan elemen romantik yang membunuh penceritaan thriller yang bermula sedikit di awal filem. 

Elemen thrill dan juga aksi penyiasatan bermula dengan penuh dan padu di separuh masa kedua. Namun, disebabkan filem ni bermula dengan agak kurang meyakinkan, setup untuk menghala ke fasa kedua filem kelihatan agak sederhana dan seakan-akan gagal untuk membuatkan aku rasa yang filem ni terbaik!

Untuk keseluruhan filem, aku boleh rasakan yang elemen thrill filem ni agak sederhana je. Apa yang aku harapkan dalam filem ni agak kurang sampai. Filem ni seakan-akan hilang arah tuju. Kadangkala nak bercerita pasal cinta, kadangkala pula nak bermain dengan babak aksi ala-ala supercop, dan kadangkala nak berthriller. Tak ketahwan yang mana diorang nak fokus sebenarnya.

Elemen twist filem ni juga macam too simple walaupun rasa twist tu ada. Sekadar ada satu scene yang membuka semua connection antara pembunuh dan Aditya rasa seperti sebuah scene yang agak cliché dan tidak gah.

Bagi aku, V ialah sebuah filem thriller aksi yang sederhana dan gagal memuaskan hati aku untuk kali ni. Bagi penggemar filem Telugu, mungkin filem ni dapat dirasakan seperti sebuah filem Telugu biasa yang menggunakan spices yang sama dan standard. Mungkin ada percubaan dalam penambahan perisa tapi masih tidak sesedap mana. 

V boleh dilayan tetapi expect sikit yang first half filem ni agak dragging dan boring. Second half yang agak bagus tidak mampu untuk memperlihatkan filem ni sebagai sebuah filem thriller aksi yang menarik dan memuaskan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan