Ulasan Filem: The Paramedic (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Carles Torras
Pelakon | Mario Casas, Deborah Francois, Guilermo Pfening

Bayangkan kalau orang yang memang kita selalu expect akan tolong kita, akhirnya menggunakan kepercayaan itu untuk kepentingan peribadi? Mesti agak menakutkan bukan? Kalaulah katakana doctor boleh gunakan ilmu yang dia ada untuk menipu pesakit, kalau polis boleh gunakan kuasanya untuk menipu orang ramai. Sangat mengerikan.

Itulah yang disajikan dalam filem The Paramedic, sebuah filem Spanish yang kini sudah boleh ditonton di laman Netflix. File mini menampilkan pelakon Mario Casas yang sebelum ini dikenali melalui lakonannya dalam The Invinsible Guest, sebuah filem yang mana sudah diadaptasi ke beberapa versi.

The Paramedic berkisar tentang kisah seorang petugas paramedik yang mana terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan hidupnya berubah secara total. Si paramedik itu yang kini sudah lumpuh dijaga oleh kekasihnya. Namun, entah kenapa, dia merasakan yang kekasihnya itu kini dalam fasa perselingkuhan.

Apa lagi, lumpuh lumpuh pun, dia akan guna apa saja cara untuk pastikan kekasih hatinya masih menjadi miliknya!

Bagi aku, kalau nak dibandingkan dengan The Invisible Guest, yang mana menjadi benchmark penonton dunia untuk pelakon Mario Casas, The Paramedic seakan berada di bawah daripada kualiti filem tersebut. Lakonan Mario Casas kelihatan sedikit sederhana dan biasa, dan penceritaan filem ni gagal untuk menjadikan watak Angel Hernandez kelihatan sadis dan bahaya.

Separuh masa pertama filem ni kelihatan agak perlahan. Di bahagian awal filem, tidak ada satu arah tuju yang jelas kemana filem ni akan pergi. Banyak aspek filem ni yang mengganggu dan menenggelamkan penceritaan utama filem ni. Namun, boleh dikatakan watak psikotik kita cukup mengembang dengan baik di separuh masa pertama.

Rasa tegang dan juga cemas mula hadir di separuh masa kedua. Walaupun di separuh masa kedua ni kita dah boleh nampak apa yang nak diceritakan, filem ni masih gagal untuk memberikan rasa cemas yang terlalu memuaskan. Elemen sadis dan juga thriller yang diberikan sekadar cukup rasa dan sederhana. Tidak terlalu extreme. 

Entah kenapa, aku agak kurang gemar dengan ending filem ni yang agak kosong dan tiada rasa. Lagipun, bahagian penyelesaian filem ni kelihatan agak pendek dan terlalu ringkas untuk sebuah filem yang mengambil masa agak lama untuk berkembang. 

Tidak dinafikan filem The Paramedic mempunyai visual yang cukup baik dan kerja kamera yang memuaskan. Dari segi runut bunyi dan juga editing, tidak ada sedikit pun cacat cela. Namun, sayangnya aku agak kurang untuk menyarankan filem ni kerana cara penceritaan psikotiknya yang tidaklah berapa nak psikotik.

Ringkasnya, The Paramedic ni ialah sebuah filem yang sederhana. Ianya ada penceritaan yang tidaklah terlalu extreme. Seakan-akan terlalu berhati-hati, The Paramedic gagal untuk bangkit dengan penceritaan yang baik dan hanya berakhir sebagai sebuah filem thriller yang menyajikan thriller pada level biasa. 

Oklah kalau nak tonton, but jangan expect too much thrill.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan