Ulasan Filem: Toko Barang Mantan (2020)


Tahun Terbit |
2020
Pengarah | Viva Westi
Pelakon | Reza Rahadian, Marsha Timothy, Iedil Putra, Dea Panendra

Aku cuba untuk menonton filem ini semuanya kerana pelakonnya, Reza Rahadian. Sebelum ini, filem lakonannya tidak dinafikan mempunyai keunikan yang tersendiri. Dari menjadi gila-gila dalam My Stupid Boss sehinggalah watak presiden Indonesia dalam Habiby dan Ainun, semua lakonan pelakon ni ada aura dan sangat aku sukai.

Lalu, saat filem Toko Barang Mantan ini lalu di suggestion list aku di Netflix, aku tidak fikir banyak kali untuk aku klik play. Lagipun, Toko Barang Mantan mempunyai pelakon dari Malaysia, Iedil Putra yang menjadi antara pelakon Malaysia kegemaran pengarah filem Indonesia. Dan saat aku memulakan tontonan, aku sudah mula rasakan yang Toko Barang Mantan tidak sekuat filem Reza Rahadian yang lain.

Ringkasnya, Toko Barang Mantan mengisahkan tentang Tristan yang mengusahakan Toko Barang Mantan. Toko Barang Mantan ni kalau dalam bahasa Melayunya ialah kedai barang second hand. So, filem ni berkisar tentang Tristan apabila awek lamanya hadir ke took tersebut dan bibit cinta mula berputik kembali.

Pada aku, ending filem ni sudah boleh dijangka. Di keseluruhannya, aspek romantika dan drama filem ni aku rasakan agak kurang memuaskan. Toko Barang Mantan seakan bermain dengan lakonan Reza Rahadian yang lebih ringkas, telus dan real, tapi nampaknya tidak mampu mengawal pelakon itu untuk menjadikan filem ni sebagai downgrade lakonannya dari filem hebat yang sedia ada.

Di dalam filem ni, Reza Rahadian seakan diberi ruang untuk bebas menjadi dirinya. Dialog yang dilontarkan di dalam filem ni seakan terlalu berpijak pada dialog spontan yang menjadikan filem ni sedikit membosankan. Banyak scene yang kelihatan agak spontan dan chill tetapi tidak mampu untuk menaikkan emosi romantik filem ni. 

Dengan babak yang banyak berlaku di dalam kedai second hand, filem ni seakan gagal untuk mengeluarkan keunikan yang tersendiri. Banyak adegan yang hanya sekadar bual-bual kosong yang tidak memberi impak kepada filem ni secara direct. Entah kenapa, aku melihat Toko Barang Mantan sebagai sebuah filem yang tak ada arah tuju dengan plot yang predictable.

Tidak dinafikan yang Reza Rahadian berlakon dengan santai dan menjadi diri sendiri. Tapi ianya tidak membantu langsung. Apatah lagi, watak-watak sampingan seperti Rio dan Amel tidak membantu mana dalam peralanan kisah cinta Tristan. Dan paling tidak best, Toko Barang Mantan hanyalah mempersembahkan kisah cinta biasa yang tiada keunikannya.

Sejujurnya, aku rasakan yang Toko Barang Mantan ialah filem Reza Rahadian yang agak lemah dan sedikit mengecewakan. Dengan penceritaan yang agak kurang menarik dan lakonan pelakonnya yang dibiarkan bebas dan santai, filem ni seperti terlalu santai dan gagal menaikkan mood penceritaannya.

Sebuah filem romantik itu sememangnya harus santai. Tapi, santai mana pun sesebuah filem, ianya harus ada matlamat dan tujuan. Toko Barang Mantan gagal dari segi penceritaannya sekaligus pada aku secara peribadi, inilah filem Reza Rahadian yang agak mengecewakan sepanjang aku menonton filem lakonannya.

Iedil Putra nampak biasa-biasa, tapi tak mengapalah. Dia kan supporting actor je. Hehehe!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan