Empat Jenis Netflix Original Yang Ramai Tak Tahu!

Netflix Original ni selalunya merujuk kepada filem/drama bersiri yang diterbitkan oleh Netflix. Selalunya, Netflix Original akan dimulakan dengan logo N dan bunyi 'tudummmm'. 


Tapi, tak semua Netflix Original ni Netflix bikin tau. Berikut ialah empat Jenis Netflix Original yang ramai tak tau.

1. Netflix terbitkan sendiri dengan bajet diorang.

Narcos, Strangers Things dan House of Cards ialah antara contoh Netflix Original yang Netflix sendiri terbitkan. Netflix mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan season drama bersiri diteruskan atau tak dan juga penentuan pelakon dan lain lain.

2. Netflix hanya beli hak edaran seluruh dunia. 

Filem seperti Cuties dan beberapa filem award winning adalah contoh Filem Netflix Original yang Netflix terlibat dalam pengedaran sahaja. Netflix tiada kuasa dalam penerbitan filem dan pemilihan pelakon.

Selalunya, Netflix akan cari filem yang sesuai dan diorang minat, dan beli hak edaran dan sekaligus menyebabkan filem tersebut hanya boleh didapati di Netflix sahaja.

Contoh, Cuties, Guru-Guru Gokil, Bucin, #Alive, The Cloverfield Paradox

3. Netflix terbitkan dengan kerjasama produksi lain. 

Kadangkala, Netflix akan bekerjasama dengan penerbit filem besar lain untuk sesebuah filem dan siri. Netflix Original sebegini selalunya akan berbeza dari segi tayangan.

Sesetengah filem Netflix Original versi ni akan ditayangkan di pawagam US, tetapi Netflix akan edarkan tayangan di seluruh dunia sekaligus membuatkan penonton luar US tidak dapat menonton filem tersebut di pawagam.

Bagi drama siri, Netflix selalu bekerjasama dengan Disney/ Marvel suatu ketika dulu. 

Contoh, Uncut Gems, Black Lightning

4. Netflix sambung siri yang stesen tv tak nak buat dah. 

Money Heist ialah satu contohnya. Ramai tak tau, Money Heist ni floop di negara sendiri. Bila Netflix edarkan, ianya jadi terkenal. Lantas Netflix pun buat sambungan siri ni. Ada beberapa lagi siri tv yang Netflix ambik dan sambungkan. 

Bila Netflix sambung musim baru, diorang ada hak sepenuhnya untuk cancel atau sambung musim seterusnya seperti di (1).


Semoga bermanfaat.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan