TRENDING

Ulasan Filem: Milea - Suara Dari Dilan (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Dangerous Lies (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Michael Scott
Pelakon | Camila Mendes, Jessie Usher, Elliot Gould

Dangerous Lies ialah sebuah lagi filem thriller yang aku boleh katakan filem murahan di Netflix. Filem yang dibikin tanpa roh dan juga jiwa. Dengan kisah yang misteri, dan juga twist yang sederhana. Filem ini mungkin akan dilayan sesetengah penggemar filem thriller. Tapi, mungkin selepas menonton, ramai yang merasakan bahawa ‘penipuan’ filem ni tidaklah ‘bahaya’!

Filem Dangerous Lies diarahkan oleh Michael Scott. Dibintang oleh barisan pelakon seperti Camila Mendes, Jessie T. Usher, Jamie Chung dan ramai lagi, filem ni memang nampak sangat low class dan cukup untuk membuatkan ramai penonton menonton dan kemudian berhenti di tengah jalan. Nasib baik aku gagahkan untuk habiskan.

Basic plot filem ni berkisar tentang Katie, seorang yang menjaga seorang tua, Leonard. Katie ada boyfriend dan diorang ni memang struggling untuk bayar bil dan jalani kehidupan diorang. Pada satu malam, Leonard meninggal dunia. Di sinilah, Katie punya nasib berubah total. Kenapa? Tiba-tiba saja, Leonard wasiatkan rumah dan harta di dalam rumah tu kepada Katie.

Katie bingung sebab dia dan orang yang dijaga hanya ada hubungan professional. Tidak lebih dari itu. Perkara bertambah buruk apabila ada yang mula menuntut wasiat dan sejumlah wang yang ditinggalkan kat dalam rumah tu tanpa pengetahuan Katie.

Permulaan filem ni memang agak dragging. Agak lambat untuk filem ni sampai kepada bahagian yang penting dan jadi focus. Kemudian, di pertengahannya memang serabut dengan percubaan untuk shift plot ni kepada plot lain. Entah kenapa, awalnya kisah pasal duit dan harta, kemudiannya shift kepada pasal berlian dan duit, jadi serabut dan memeningkan.

Filem ni seolah-olah macam dibikin segmen demi segmen. Macam ideanya tidak dibangunkan sekaligus tapi sedikit demi sedikit. Ok, awalnya mungkin diorang nak buat pasal orang tua bagi wasiat kepada strangers, pastu tak jadi, tukar pulak jadi rompakan, tak jadi, tambah pulak pasal diamond. Eh, serabutlah!

Mungkin filem ni memang nampak gaya macam nak twist patah riuk, namun twist yang nak dibangunkan macam terlalu banyak plothole. Ada banyak persoalan pasal rompakan di masa silam, dan bagaimana diamond dan juga duit yang berada di dalam rumah itu boleh berada di situ. Mungkin point ni simple sangat. Tapi, dengan cara penyampaian yang tak jelas, ianya satu plothole yang mengecewakan.

Dangerous Lies mungkin sebuah filem thriller yang cukup gagal dalam penyampaian. Banyak bahagian filem ni terlalu weak untuk sebuah filem thriller. Idea filem ni yang konon nak twist gagal disampaikan dengan sempurna. Apatah lagi, lakonan para pelakonnya juga seperti menonton drama tv sahaja.

Terlahir mungkin dari skrip yang teruk, Dangerous Lies mungkin ialah sebuah filem yang cukup menipu penontonnya. Kalau menipu dengan plot yang bagus, oklah. Tapi, filem ni jaja plot baik punya tapi end up sajikan plot yang sampah dan sangat mengecewakan.

Ianya sebuah thriller sampah. Tapi, mungkin jika korang tak ada apa nak layan di Netflix, kasi layanlah untuk ketahui berapa banyak sampah tersadai di dalam filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: One Two Jaga (2018)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: War (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'One Two Jaga' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Marriage Story (2019)

Ulasan Filem: Choked - Paisa Bolta Hai (2020)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]