Ulasan Filem: Bharat (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Ali Abbas Zafar
Pelakon | Salman Khan, Katrina Kaif, Jackie Shroff

Salman Khan kembali dengan sebuah filem yang diadaptasi daripada filem Korea, Ode To My Father. Filem ini adalah adaptasi sah yang menyaksikan pelakon Salman Khan buat pertamakalinya menggunakan prostetik untuk melakonkan wataknya yang berusia 70 tahun lebih. Dan ini juga pertamakalinya filem lakonan Salman yang agak rare dalam penceritaannya.

Bollywood nampaknya memang bijak dalam mengadaptasi filem luar. Dalam beberapa tahun ini, Bollywood seakan-akan sungguh mahir untuk meletakkan elemen emosi dari filem yang diadaptasi. Filem yang pada asalnya biasa-biasa berjaya digubah menjadi rempah ratus Bollywood yang penuh dengan tarian dan juga emosi berganda.

Begitu juga yang terjadi dengan Bharat. Filem yang digubah selari dengan momen sejarah India ini dibikin dengan rasa Bollywood yang sempurna. Sekaligus, jika dibandingkan dengan naskah asal dari negara Korea, filem ni seolah-olah mempunyai roh yang berbeza walaupun konsepnya hampir sama.

Tambah pula filem ini dilakonkan oleh Salman Khan. Semestinya aura pelakon hebat ini berjaya memberi rasa blockbuster dan juga filem gred A yang selayaknya. Memang Bharat ialah sebuah filem yang ada isi, penuh dengan penceritaan yang cukup jarang dilihat dalam filem Bollywood tetapi masih menghiburkan.

Bharat mengisahkan perjalanan watak Bharat yang disimbolkan dengan perjalanan sebuah negara. Di dalam filem ni, perjalanan kisah Bharat diselang seli dengan beberapa momen penting dalam sejarah India. Tapi, kalau nak kata filem ni filem sejarah, tidak juga. Sebab elemen sejarah filem ni sikit je.

Tidak seperti filem lain yang mempunyai aksi dan juga plot twist gempak, Bharat bergerak dalam naratif yang sentiasa ke hadapan. Ianya seperti menonton sebuah diari yang diselak helai ke helai. Dari awal hingga akhir, tidak ada naratif yang jelas tetapi sekadar himpunan momen kehidupan Bharat sepanjang kehidupannya.

Filem ini memang menghiburkan di fasa pertama filem. Penampilan Bharat kecil memang menarik. Tambah pula dengan scene perencah iaitu adegan di sarkas dengan penampilan Disha Patani pula cukup menggoda. Filem ni bermula serius di fasa kedua, tetapi sekali sekala direhatkan dengan beberapa scene lucu, especially scene lanun yang suka Bollywood.

Walaupun filem ni mempunyai naratif yang agak rare, filem ni masih mengekalkan acuan lakonan Salman Khan yang biasa. Berbekalkan prostetik yang menampakkan ketuaan Salman ke level baru, Salman Khan masih tidak mampu untuk upgrade lakonannya menjadi sesuatu yang lebih hebat. Kita hanya melihat Salman seperti mana Salman Khan yang ada di dalam filem-filem sebelumnya.

Apapun, Bharat sememangnya sebuah filem yang cukup baik bagi adaptasi Ode to My Father. Tanpa membandingkan keduanya, filem Bharat berjaya menjadi naskah perjalanan sejarah India yang dikisahkan dengan santai dan penuh moral.

Bharat ialah gambaran sebuah perjalanan sebuah negara dalam diri seorang rakyat. Ianya sesuatu yang memperingatkan kita tentang bukan sumbangan negara kepada kita yang harus kita persoalkan, tetapi apa yang kita sumbangkan pada negara yang harus kita fikirkan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan