Ulasan Filem: Good Newwz (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Raj Mehta
Pelakon | Akshay Kumar, Kareena Kapoor, Diljit Dosanjh, Kiara Advani

Agak lama aku tidak menyaksikan Akshay Kumar beraksi dalam filem berentak komedi sebegini. Selalunya, dia tampil dengan filem yang lebih kepada kemasyarakatan dan membawa mesej sosial. Tapi, tidak pada Good Newwz. Filem bergenre komedi dewasa ini memang lari dari kebiasaan Akshay Kumar dan memberi sisi baru lakonan pelakon berkenaan.

Menjadi sebuah filem yang mempunyai kutipan yang tinggi pada tahun 2019, Good Newwz wajar diberikan perhatian. Filem ni memang agak rare dan rasanya yang pertama seumpamanya menggunakan tema IVF (in vitro fertilisation). Ya, tiada satu pun filem Bollywood yang menggunakan elemen ni sehinggalah Good Newwz muncul.

Filem ni filem komedi dewasa. Yup, ianya memang tidak sesuai ditonton seluruh keluarga especially kanak-kanak. Bukanlah kerana filem ni ada adegan yang tak bermoral, tetapi kerana temanya yang maybe tidak dapat difahami dengan baik oleh penonton cilik. Jika si cilik nak tonton juga, mak ayah kena adalah sebab nak explen apa itu IVF bukanlah benda mudah.

Filem arahan Raj Mehta yang pertamakali berada di kerusi pengarah ini mengisahkan pasangan Varun dan Deepu yang tiada anak. Deepu akhirnya memilih untuk menggunakan teknik IVF untuk mengandung. Namun, masalah timbul apabila sperma suami Deepu bertukar dengan sperma orang lain yang turut mempunyai nama sama dengan suaminya.

Dan dari situlah bermula kekacauan dan komedi. Memang filem ni berjaya memberikan kelucuan yang baik dan tidak cliché. Dengan tema yang fresh, segala elemen komedi berjaya dibina dengan segar dan menghiburkan.

Gandingan Akshay Kumar dan Kareena Kapoor mencuri perhatian. Sudah lama mereka tidak bersatu dalam satu filem selepas gandingan mereka dalam filem Kambakkht Ishq hampir 10 tahun lalu. Dengan usia yang sudah makin dewasa, gandingan mereka nampak matang dengan lakonan yang sudah lebih kuat.

Aku cuba agak janggal apabila pelakon Diljit Dosanjh dan Kiara Advani masuk untuk menambah kekacauan filem ni. Gandingan dua pelakon yang masih baru di mata aku dengan pelakon senior nampak gagal serasi pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan, dua pasangan pelakon berbeza era ini berjaya bersatu dan menjadikan filem ni kelakar.

Walaupun filem ini menggunakan tema seksual dan dewasa, korang jangan risau. Tiada adegan lucah dalam filem ni. Filem ni hanya memberi bayangan sahaja kepada adegan seksual dan tidak dipaparkan langsung. So,kalau kau dah berkahwin dan ada keluarga, adegan itu akan datang sendiri dalam kepala dan difahami dengan tersirat.

Dengan skrip yang memang power, babak komedi yang menjadi, ditambah pula dengan gandingan pelakon baru dan lama yang umph! Tidak hairanlah Good Newwz boleh jadi filem yang superhit pada tayangannya. Kini, filem ini yang sudah boleh ditonton di Amazon Prime ni dah boleh jadi sebahagian daripada filem yang hilangkan kebosanan korang.

Just keep in mind yang filem dewasa tak perlukan adegan dewasa. Good Newwz berjaya sampaikan mesej dan pada masa yang sama bermain dengan mesej berat dengan persembahan yang ringan. Terbaiklah.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan