Ulasan Filem: The Decline (2020)

Tahun Terbit |2020
Pengarah | Patrice Laliberte
Pelakon | Guillaume Laurin, Real Bosse, Marc-Andre Grondin

Kanada akhirnya sudah ada filem Netflix Original pertama mereka dengan The Decline. Sebagai buah pertama mereka untuk negara itu, The Decline menampilkan sebuah penceritaan mudah tetapi penuh dengan elemen darah dan juga kejutan. Malah, The Decline bukan sahaja ringkas, tetapi mempunyai mesej yang deep tetapi masih boleh dihadam kebanyakan penonton.

Filem yang diarahkan oleh Patrice Laliberte ini menampilkan pelakon dari kanada seperti Guillaume Laurin, Real Bossed an Marc-Andre Grondin. Feel bila menonton filem dengan pelakon yang tidak dikenali ini memberikan rasa lebih realistik untuk filem sebegini. Apatah lagi, kita bakal disajikan dengan sebuah filem dari dunia yang jarang kita tonton walaupun taklah luar biasa mana.

Filem The Decline ringkasnya mengisahkan tentang Antoine, seorang lelaki yang mengikuti kem survivalist yang dipimpin oleh pakar survivalist, Alain. Kebanyakan peserta yang join kem ni datang dengan matlamat untuk belajar something yang boleh selamatkan diorang bila dunia musnah sedikit masa lagi.

Malangnya, satu kejadian yang telah menyebabkan kematian seorang peserta kem telah mengubah segalanya. Dari sebuah kem yang diisi dengan ilmu survival, kini semua peserta dan cikgunya sendiri terpaksa berhadapan dengan ancaman paling menakutkan, kemusnahan akal manusia yang sanggup buat apa saja demi menyelamatkan diri masing-masing.

Filem ni bermula dengan tenang dan menarik untuk disaksikan. Permulaan filem diisi dengan pelbagai babak yang penuh dengan kegembiraan sebelum beberapa lama kemudian ditukarkan menjadi sebuah malapetaka. Memang penuh dengan babak cemas dan worst case scenario yang cukup mengerikan untuk difikirkan.

Filem ni memang dipenuhi dengan babak yang mengerikan. Ada babak yang boleh korang muntah dan geli geleman especially babak koyak kulit arnab. Walaupun babak tu hanyalah dipaparkan dengan bunyi koyakan dan reaksi peserta, memang imaginasi berjaya memberikan persepsi ngeri yang meloyakan.

Malah, filem survival ini turut menampilkan syot dan visual yang cukup hebat. Beberapa babak aksi terutama babak fighting last sekali memang terbaiklah. Brutal hand-to-hand fight ni terus mengingatkan aku kepada beberapa filem dengan konsep yang sama yang pernah aku tonton di Netflix beberapa bulan lepas.

Filem ini memang turut memaparkan situasi cemas yang cukup untuk menimbulkan rasa debar di hati penonton. Pendek kata, memang puas hati melihat para peserta kem survivalist cuba untuk guna ilmu diorang untuk lari dari masalah.

The Decline secara tersiratnya cuba untuk menyatakan yang kerosakan moral manusia ialah lebih mengerikan daripada kerosakan dunia. Ianya sebuah keruntuhan moral yang akan membawa kepada terzahirnya sikap manusia yang tidak pernah kita nampak sebelum ini.

Bagi penggemar filem thriller dan ngeri, The Decline ialah sebuah lagi naskah dari Netflix Original yang wajar diberikan perhatian. Ianya memang cukup sifat untuk berdiri sebagai sebuah filem thriller yang sempurna dan menarik di mata penonton.

Jika korang bersedia untuk adegan ngeri dan darah dalam filem ni, The Decline memang sebuah hiburan terbaik!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan