Ulasan Filem: Bypass Road (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Naman Nitin Mukesh
Pelakon | Neil Nitin Mukesh, Adah Sharma, Shama Sikander

Sebuah thriller yang bagus perlu ada jalan cerita yang mampu menangkap perasaan penonton untuk sentiasa berteka-teki. Itu selayaknya yang harus ada dalam Bypass Road. Tapi, filem ini seakan tidak mampu untuk memberikan sebuah thriller yang baik dari awal sampai akhir. Ianya nampak sendu dan membosankan walaupun teka teki siapa pembunuh harus dinantikan di penghujung filem.

Ringkasnya, filem yang dibintangi oleh Neil Nitin Mukesh ini diarahkan oleh Naman Nitin Mukesh. Neil Nitin Mukesh bukan sahaja berlakon filem ni tetapi turut menulis lakonlayar filem ini yang memang sekaligus menunjukkan bahawa pelakon ini perlu improve lakonan berbanding cuba untuk menulis lakonlayar.

Boleh dikatakan yang Bypass Road ialah sebuah filem thriller yang memang sendu dan gagal untuk menangkap. Masalah yang paling utama sekali ialah durasi filem ni yang terlalu panjang sedangkan pengkisahan filem ni boleh saja dikisahkan dalam masa kurang 90 minit. Dengan masa lebih 2 jam, filem ni gagal untuk menyelitkan lagu-lagu hebat sebagai juadah sampingan.

Bypass Road mengisahkan tentang Vikram Kapoor, seorang pereka fesyen yang mana telah terlibat dalam kemalangan. Pada malam yang sama juga, seorang daripada modelnya turut terlibat dalam satu pembunuhan yang mirip bunuh diri. Dua kejadian yang tidak berkait ini mendedahkan rahsia yang akhirnya dirungkaikan dalam filem ini.

Aku menonton filem ni di Netflix dan memerlukan masa yang agak lama untuk habiskan tontonan. Masalah utama yang aku hadapi sepanjang menonton filem ni ialah babak-babak yang tidak betul-betul membangkitkan rasa thriller. Teka-teki siapa dia, siapa itu ini tidaklah menarik untuk membuatkan penonton menunggu sampai akhir.

Penulisan lakonlayar yang lemah menjadikan aspek thriller filem ni agak buruk. Kelihatan pada awal dan akhir sahaja ada thriller, selebihnya ialah babak Vikram yang sedang bergelut dengan dunia baru atas kerusi roda dan juga flashback yang agak berkecamuk dan tidak menarik langsung.

Bypass Road juga gagal untuk menampilkan lakonan Neil Nitin Mukesh yang luar biasa. Ianya seakan menyaksikan sebuah filem era 90an yang tersasar masuk ke zaman baru. Bypass Road memang dipenuhi dengan dialog yang agak janggal untuk filem era baru. Babaknya juga seakan ada aura filem hindi 90an yang memang tak sesuai dengan era sekarang.

Buruk sangat filem ni. Sayangnya sebuah idea yang baik tidak dapat dizahirkan dalam sebuah filem yang baik. Lakonlayar yang buruk ditambah dengan lakonan dan dialog yang agak ketinggalan zaman menjadikan Bypass Road gagal.

Sebuah filem thriller harus ada rasa thrill dan juga twist yang menarik. Twist filem ni semacam tak masuk akal dan rushing. Sayang sungguh twist di hujung filem dicemari dengan perjalanan filem yang agak membosankan. Adakah twist tu dibina dalam masa yang terlalu rushing? Entahlah. Tapi memang macam tergesa-gesa.

Filem ni memang boleh buat korang tidur. Lakonlayar yang lemah menjadikan filem ni agak buruk dan tidak menarik langsung. Namun, tiada halangan untuk menonton filem ni. Tapi, siap sedia jika anda rasa kecewa bila rasa thrillernya mengecewakan anda di hujungnya.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan