Ulasan Filem: Spenser Confidential (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Peter Berg
Pelakon | Mark Wahlberg, Winston Duke, Alan Arkin 

Peter Berg yang popular dengan filem aksi seperti Battleship, Lone Survivor, Deepwater Horizon dan Mile 22 dan juga sering tambil dengan watak utama yang menampilkan Mark Wahlberg kini muncul dengan filem Netflix Original pertamanya. Tengok daripada poster dan promosi, filem ni nampak macam filem komedi aksi yang mungkin boleh dikategorikan sebagai filem simple dari Peter Berg.

Kenapa filem ni aku gelarkan simple? Sebab filem ni dibikin dengan penceritaan ringkas. Diselitkan aksi, tapi nampaknya tidaklah sepadu filem Peter Berg sebelum ni. Walaupun simple dan ringan, Spenser Confidential masih boleh dilayan untuk melihat jauh mana Peter Berg mengarahkan sebuah filem dengan bajet terhad.

Filem ini secara ringkasnya mengisahkan bagaimana watak Spenser yang mana merupakan seorang bekas polis yang baru saja keluar penjara. Dia dipenjara sebab kes pukul yang menyebabkan dia dilucutkan jawatan lalu dipenjara. Keluar saja penjara, Spencer terlibat dengan sebuah kes pembunuhan rakan sekerja yang mana dia cuba untuk selesaikan walaupun tidak lagi menjadi polis.

Spenser Confidential ialah sebuah filem buddy cop. Filem ni juga dicanang dengan komedi yang menjadi hiasan filem. Tapi, filem buddy cop dengan komedi ni seakan tak sampai. Ada beberapa komedi yang aku nampak muncul, tapi sayangnya gagal untuk buat aku ketawa. Lakonan Mark Wahlberg pula mungkin tidak sebaik filem Peter Berg yang lain.

Aksi filem ni memang tidak dapat dinafikan agak minima. Aku jangkakan filem ni bawah sikit levelnya daripada filem 6 Underground sebab Peter Berg pun pandai bina moment aksi. Tapi, sayangnya, banyak aksi filem ni agak pendek. Hanya babak akhir filem sahaja yang padu dan punya aura Peter Berg yang ditunggu-tunggu.

Elemen penyiasatan yang dipaparkan dalam filem ni ialah satu-satunya elemen filem ni yang menarik perhatian. Penyiasatan ni sebenarnya takde twist yang kuat pun. Di pertengahan filem kau dah tahu siapa pembunuhnya. Cuma apa asbab pembunuhan itu sahaja yang perlu ditunggu. Tidaklah menarik mana, tapi cukuplah untuk sebuah filem Netflix Original.

Memang filem Spencer Confidential seakan memusnahkan harapan aku untuk melihat filem dengan aura Miles 22 at least, atau sedahsyat Battleship. Tapi, untuk Spenser Confidential ianya boleh dikatakan sederhana dan tidak memaparkan level kualiti Peter Berg yang sebenarnya.

Kualiti visual filem ni boleh dikatakan memuaskan. Kerja kamera juga agak minimal dan sekadar biasa-biasa saja. Tetapi, cukuplah untuk sebuah filem yang aku label sebagai ‘simple’. Tidak ada aura visual dan sinematografi tahap dahsyat seperti yang selalu kita tonton dalam filem dia yang lain.

Apapun, aku boleh katakan bahawa filem Peter Berg ni, jika dibandingkan dalam filem-filem arahannya yang lain, Spencer Confidential boleh dikategorikan berada di paling bawah. Ianya sebuah filem yang gagal untuk capai komedi yang nak disajikan. Tetapi, pada aksinya pula, bila nak rancak, aksinya seakan menurun pula.

Bolehlah ditonton seisi keluarga. Filem yang santai dan sederhana. Expect filem ni sebuah filem yang ringkas dan biasa-biasa. Dan bolehlah tonton sambil rehatkan diri sementara menunggu filem-filem hebat yang lain masuk Netflix.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan