Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'




Ejen Ali The Movie terus mencatatkan kutipan memberansangkan selepas seminggu ditayangkan. Filem animasi yang mengisahkan Ejen Ali yang melalui dilema dalam kehidupannya apabila dia disisihkan rakan-rakannya ini turut mendapat pujian dari segenap lapisan masyarakat. Ternyata, Ejen Eli The Movie sangat berbisa.



Rata-rata penonton sungguh tertarik dengan kisah kedai mamak dalam filem ni. Scene lagu kedai Mamak Maju sudah trending dan menjadi perbualan hangat masyarakat. Tetapi, ramai yang tak tahu dari mana kedai Mamak Maju ini diinspirasikan.

Menurut laman Xtra.com, Mamak Maju ini diinspirasikan daripada Kafeteria Jasima yang terletak di Sri Pentas TV3, Bandar Utama.



Walaupun begitu, ramai yang tak tahu Restoran Mamak Maju ini benar-benar wujud. Nah, ini lokasinya.





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan