Ulasan Filem: Geran (2019)



Tahun 2019 ni bolehlah dikatakan sebagai tahun dimana pembikin filem Malaysia cuba tampil dengan genre-genre baru. Tahun ini sahaja, tiga filem animasi diterbitkan menampakkan kemeriahan dari segi genre aksi. Malah, genre filem aksi beladiri juga tak kurang hebatnya. Ada tiga filem bergenre aksi yang terbit tahun ni bermula dengan Sangkar, Geran dan kemudiannya Wira.

Sangkar dan Wira masing-masing diterbitkan oleh penerbit dan pengarah tersohor. Ianya mungkin ada daya penarik. Tapi, Geran, ianya sesuatu yang luar biasa. Penerbitnya kecil kecil cili api, dan pengkaryanya juga hanyalah menyatakan bahawa filem ini hanyalah buah tangan kerdil. Ya, sekerdil Geran, ianya adalah percubaan yang cukup baik.

Geran mengisahkan tentang tiga beradik bersaudara yang mempunyai kemahiran silat, Ali, Fatimah dan Arip. Arip selalu buat perangai dengan berjudi. Kerana kalah judi, Arip menggadaikan geran tanah kepada Haji Daud. Namun, masalah tak selesai apabila Arip terjebak dengan pelbagai masalah lain disebabkan sikapnya.

Filem ini menggunakan 90% dialog utara. Ianya adalah antara kelainan yang cuba ditampilkan di dalam filem ni. Lari daripada dialog-dialog pantai timur yang menjadi kebiasaan filem aksi memang baik. Jangan risau, kalau korang tak faham dialog utara, masih ada subtitle yang disediakan untuk korang lebih faham. Menariknya, bahasa kesat yang menjadi sebahagian dari culture loghat utara tidak disensor sekaligus menjadikan dialog lebih realistik.

Secara peribadi, sepanjang sejam pertama filem, aku memang rasa frust dan memang kecewa dengan filem ni. Dengan menilai separuh masa pertama filem, aku memang rasa filem ni memang teruk. Elemen cliché filem Malaysia, dengan bumbu aksi racing haram, kemudian dengan flashback family dan juga drama yang tak patut ada menajdikan fasa pertama filem agak lemah dan mengecewakan.

Tapi, masuk saja fasa kedua filem, dalam sekitar 45 minit nak habis filem, barulah filem ni ada kick. Watak Ali yang ditunggu-tunggu masuk mempamerkan aksi pertarungan iras Iko Uwais yang memang sedang dalam pembangunan. Elemen aksi yang dikoreografi Azlan Komeng memang terbaik. Ternyata, dia tahu apa yang penonton mahu untuk sebuah aksi silat. Gabungan silat dan fight yang padu menjadikan filem ni punya rasa adrenalin tersendiri.

Disebabkan filem ni dihasilkan dengan kos kecil, sedikit sayanglah apabila kerja kamera filem ni agak serabut. Ada percubaan untuk meniru syot aksi seperti filem Indonesia. Some of it memang menjadi, tetapi sesetengahnya agak caca merba dan mencacatkan. Editing audio dan video juga macam tak sempurna mana. Tapi, boleh dimaafkanlah sebab inikan filem yang kerdil.

Untuk sebuah filem silat, filem Geran memang ada kick. Mungkin inilah pembuka selera yang baik untuk rintihan penonton yang mahukan filem silat dengan pelakonnya bukan gred A dan mempunyai background silat. Khoharullah berjaya mempamerkan aksi silat mirip Iko Uwais. Feiyna Tajudin juga tidak kurang hebatnya apabila menjadi satu-satunya watak wanita dalam filem ni. Fad Anuar pula tidak kurang hebatnya.

Cuma, dengan first half yang agak panjang, penonton perlukan sedikit masa untuk bersabar menanti rentak silat filem ni. Tapi, takpe, story telling ni mungkin sedikit sahaja daripada kelemahan kecil filem ni dan mungkin boleh diperbaiki di sekuel yang akan mendatang, jika filem ini berjaya.

Geran berjaya menemukan penonton filem Malaysia dengan Iko Uwais kita yang tersendiri. Sekaligus, martabat silat diangkat dengan lebih baik. Kegagalan filem Z. Lokman, Mahaguru akhirnya ditebus dengan filem Geran yang lebih berjiwa. Geran mungkin sebutir permata yang mungkin akan menginspirasikan lebih ramai pembikin filem dengan genre aksi sebegini.

Harapnya, Geran boleh box-office supaya sekuelnya bakal memperluaskan lagi kisah Haji Daud yang menjadi twist utama filem ni. Geran ada jiwa dan semangat untuk mengangkat martabat filem silat di Malaysia. Mungkin di masa hadapan, Geran harus bercerita dengan lebih ringkas dengan mengabaikan aspek-aspek drama yang menjadikan filem Malaysia biasa-biasa.

Jangan bangun awal, ada post-kredit tau! Kemunculan pelakon lejen yang memang hanya penonton Geran je tahu.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan