TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Fractured (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Brad Amderspm
Pelakon | Sam Worthington, Lily Rabe

Netflix tampil dengan filem thriller penuh twist terbaru mereka, Fractured. Pada aku, ringkasnya, Fractured berjaya memberikan rasa untuk penggemar filem yang mempunyai twist dan teka-teki sepanjang penontonan. Fractured bukan saja menggambarkan patahnya kisah watak Sam Worthington, tetapi berjaya mematahkan otak penonton.

Dari segi penceritaan, mungkin ramai yang akan mengaitkan filem ni dengan filem Jodie Foster, Flightplan. Namun, idea yang sama tidak bermakna twist dan penceritaannya sama. Flightplan mungkin ada rasa lain, menggunakan setting yang lebih tertutup dan kecil. Fractured pula berada dalam setting yang luas dan lebih selesa membentuk misteri.

Ringkasnya, Fractured bercerita tentang Ray, seorang lelaki yang mana sedang memandu bersama Joanne, isterinya dan juga anaknya, Peri. Nak dijadikan cerita, di satu hentian rehat, terjadi kecelakaan terhadap anaknya. Setibanya di hospital, Peri dirawat. Namun, setelah beberapa lama menunggu, dia dapati Peri tidak ada di hospital. Tambah pelik, doktor dan jururawat sikit pun tak tahu tentang Peri.

Filem ni memang penuh dengan teka-teki. Dan semestinya, penonton diajak untuk berteka-teki tentang ke mana kehilangan Peri dan isterinya. Adakah ada something fishy antara isteri dan suami? Adakah ada komplot antara pihak hospital dan Ray? Atau ada something yang di luar jangkauan akal kita?

Walaupun idea filem ni ringkas, tetapi perjalanan cerita filem ni memang mendebarkan. Setiap babak demi babak adalah serpihan kepada misteri dan teka-teki yang cuba untuk diselesaikan. Dan ianya cukup untuk memberikan rasa kepada peminat filem thriller untuk menunggu dan menonton sehingga habis filem.

Tidak dinafikan bahawa kekuatan filem ni bukan sahaja bergantung pada perjalanan kisah dan misteri yang dibawa. Sam Worthington kelihatan berjaya memberikan persembahan yang padu dan memuaskan. Filem yang bertunjangkan wataknya seorang dapat dinikmati dengan baik dan tidak membosankan.

Mungkin some of the people akan anggap twist filem ni biasa-biasa, namun pada aku, filem ni berjaya memberikan kekuatannya yang tersendiri. Mungkin pada sesetengah orang, filem ni takdelah luar biasa mana. Tetapi, thrillernya tetap kuat dan berjaya memberikan kekuatannya yang tersendiri.

Dengan lakonan yang mantap, Fractured ialah sebuah thriller yang cukup padu. Kalau korang dengar pasal bad review untuk filem ni, jangan dipandang sebelah mata. Ambil masa dan layan dulu. Barulah korang akan tahu bahawa bad review tu sebenarnya bukanlah penilaian sebenar untuk filem ni.

Fractured berjaya menggambarkan betapa patahnya hati seorang suami dalam hadapi dugaan sepanjang hidupnya. In the end, filem ni cuba untuk yakinkan penonton bahawa life hanyalah sekali dan apa yang kita buat akan mengakibatkan kesan di masa hadapan. Apapun, Fractured memang terbaiklah!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

M. Night Syamalan Dalam Perbincangan Untuk Arahkan Filem MCU

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'