Andy Serkis Galas Tanggungjawab Arah Filem 'Venom 2'

Filem Venom 2 akhirnya sudah pun menemui pengarahnya. Sekuel kepada filem Venom yang mana mendapat kritikan negatif dari pengkritik tetapi berjaya mengaut keuntungan itu menandakan bahawa Venom boleh hadir tanpa adanya Spider-man. Filem Venom yang diterbitkan pada tahun 2018 mendapat kutipan USD856 juta daripada modal produksi yang hanya bernilai USD100 juta.


Walaupun mendapat kejayaan tanpa dijangka, penerbit Venom nampaknya menukar pengarah filem ini. Pengarah filem Venom, Ruben Fleischer tidak akan kembali dan kini Andy Serkis diberi tanggungjawab untuk mengarahkan sekuel filem berkenaan. 

Andy Serkis mendedahkan hal ini di laman Twiternya...

Pengarah ini yang juga turut merupakan seorang pelakon motion capture yang terkenal kini menambah Venom 2 sebagai satu lagi filem arahannya. Sebelum ini, Andy Serkis sudah pun mengarahkan dua filem iaitu Breathe dan Mowgli. 

Sony mungkin cuba untuk menaikkan dunia Venom dan ini mungkin percaturan baru untuk meraih pujian pengkritik. Sekuel ini pastinya bakal menarik minat penonton untuk menunggu bagaimanakah garapan Andy Serkis bakal mengubah dunia filem Venom lebih baik dari filem pertama. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan