'Spider-man: Far From Home' Lepasi Paras USD1 Billion Di Carta Box-office


Filem Spider-man: Far From Home sudah pun dilaporkan mencatat kutipan melepasi USD1 billion, menurut laporan Deadline. Hal ini sekaligus menjadikan filem ini sebagai filem kesembilan dalam siri filem MCU yang berjaya mencatat kutipan melepasi paras USD 1 billion. Pencapaian ini sekaligus menunjukkan bahawa MCU masih stabil untuk diikuti para peminat.


Pencapaian ini begitu memberansangkan sekaligus memungkinkan filem ketiga Spider-man wujud dalam dunia filem MCU kelak. Namun, buat masa ini, Tom Holland mahupun pengarah filem tidak pernah memberitahu tentang bagaimanakah Spider-man 3 akan masuk ke dalam dunia MCU buat masa ini. Mungkin Spider-man tidak akan mendapat sebarang filem baru untuk Phase 4 buat sementara.

Kutipan melepasi paras USD1 billion ini mungkin juga memberikan usahasama Sony dan Marvel satu perkara yang positif antara dua penerbit besar itu. Mungkinkah Spider-man akan berada di dalam dunia MCU lebih lama dan mendapat lebih banyak filem seperti yang dirancang? Semuanya hanya masa yang menentukan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan