'Avengers: Endgame' Akan Ditayangkan Semula Dengan Tambahan Babak Baru


Mungkin kali ini, Marvel Studios mengambil pendekatan paling gila untuk menaikkan Avengers: Endgame ke carta no 1 filem dengan kutipan tinggi dunia. Terbaru, Comicbook.com melaporkan bahawa filem ini kini bakal ditayangkan semula dengan footage yang sebelum ini belum pernah disaksikan di dalam filem terdahulu.


Hal ini sekaligus menggalakkan penonton yang sebelum ini menonton Avengers: Endgame kembali ke pawagam sekaligus melonjakkan kutipan filem berkenaan dan sekaligus akan berjaya memintas Avatar yang menjadi filem kutipan tertinggi setakat ini.

Perkara ini disahkan oleh presiden Kevin Feige dalam satu acara promosi filem Spider-man: Far From Home yang diadakan di London. 

Jadi, apa lagi, filem ini akan kembali ke pawagam dengan versi baru. Mungkin juga ending baru! Dan adakah pasti ianya akan mencantas kutipan Avatar yang berjumlah USD2.788 billion? Sudah pasti kerana kutipan Avengers: Endgame kini hanya berjumlah USD2.743 billion sahaja!

Jangan lepaskan peluang! Nantikan update selanjutnya!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan