Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'


Avengers: Endgame tidak lari daripada pelbagai dialog yang begitu diingati oleh penggemar filem. Antara dialog yang diingati di dalam filem tersebut ialah ayat 'I Love You 3000' ataupun dalam bahasa malaysia ialah 'saya sayang awak 3000 kali'. Ayat ini diucapkan oleh anak Tony Stark ketika Tony mahu menidurkannya.


Ramai yang mencari-cari apa yang dimaksudkan dengan nombor 3000 di dalam ayat itu. Kenapa 3000 dan bukan nombor lain? Terdahulu, ada teori yang menyatakan bahawa ayat tersebut membawa maksud jumlah durasi setiap filem MCU. Tetapi, penulis lakonlayar filem Avengers: Endgame, Christopher Markus dan Stephen McFeely mempunyai jawapan lain.

Menurut mereka, perkataan itu diucapkan oleh Robert Downey Jr kerana ianya diambil daripada ayat yang selalu digunakan oleh Robert Downey Jr sendiri terhadap anak anaknya di dalam dunia sebenar. Di dalam filem, Robert Downey Jr. sepatutnya membalas dengan dialog 'I love you tons, I love you tons' tetapi diubah.

Robert Downey Jr mempunyai tiga orang anak-anak dan ketiga-tiganya sudah dibiasakan dengan perkataan itu sebelum mereka tidur. Jadi, dialog itu dimasukkan ke dalam filem supaya realiti dan fiksyen boleh bersatu dan lebih dirasai. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan