Jualan Tiket Awal Filem 'Avengers: Endgame' Berjaya Kutip RM10 Juta


Filem terbaru Avengers yang dinamakan Endgame dilaporkan berjaya mengutip RM10 juta bagi jualan tiket awal filem tersebut. Tiket filem berkenaan yang dijual bermula 2 April mendapat sambutan hangat apabila rata-rata penonton mahu menonton filem berkenaan pada hari pertama tayangan.


Avengers: Endgame merupakan filem terbaru dalam francais Marvel Cinematic Universe yang menjadi penutup kepada kisah Infinity War. Rata-rata penonton mahu melihat bagaimana para Avengers menumpaskan Thanos yang mana berjaya melenyapkan hampir 50 peratus penduduk bumi dalam filem sebelum ini.

Filem yang membariskan pelakon hebat seperti Robert Downy Jr, Scarlett Johanson, Chris Evans, Brie Larson dan ramai lagi itu diarahkan oleh adik beradik Russo. Filem ini sudah mula ditayangkan di pawagam.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan