John Cena Bakal Terlibat Dalam Filem Sekuel 'Suicide Squad'


John Cena dilaporkan sedang menjadi perhatian pengarah filem The Suicide Squad. Perkara ini didedahkan oleh Variety apabila melaporkan bahawa John Cena kini dalam perbincangan untuk berlakon dalam sekuel yang juga merupakan reboot kepada filem terbitan tahun 20`6 itu. 


Pelakon yang juga merupakan ahli gusti WWE itu mula muncul di dalam dunia perfileman melalui filem 12 Rounds pada tahun 2009 namun gagal menyerlah seperti Dwaye Johnson. Semenjak beberapa tahun ini, John Cena kelihatan selesa untuk menerima watak sampingan di dalam beberapa filem hebat.

Jika berita ini benar, maka John Cena merupakan ahli gusti kedua selepas Dave Bautista yang dipelawa masuk ke dalam dunia superhero. Ada ura-ura menyatakan bahwa watak yang dipegang oleh John Cena ialah watak yang sama yang sebelum ini dicadangkan untuk Dave Bautista. Pelakon Guardians of the Galaxy itu mempunyai konflik jadual sehingga terpaksa menangguhkan hasratnya untuk terlibat dalam filem ini. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan