Idris Elba Lakonkan Watak Lain Dalam 'The Suicide Squad', Bukan Deadshoot


Pelakon Idris Elba yang dilaporkan akan menggantikan Will Smith dalam filem The Suicide Squad arahan James Gunn kini dilaporkan tidak menggantikan Will Smith tetapi sebaliknya bakal melakonkan watak baru. Hal ini sekaligus memungkinkan Will Smith akan kembali melakonkan watak Deadshot di masa hadapan.


Perkara ini disahkan oleh penerbit DCEU, Peter Safran bercakap tentang hal ini sekaligus melenyapkan sangkaan bahawa tiada kaitan akan berlaku antara filem Suicide Squad terbitan tahun 2016. 

Tindakan bijak ini akhirnya menyebabkan The Suicide Squad boleh disifatkan sebagai 'soft reboot' yang mana masih berkait dengan filem pertama dalam aspek dunia walaupun karakternya sudah berubah. Antara watak yang akan kembali dalam filem ini ialah Viola Davis yang akan melakonkan watak Amanda Waller dari filem sebelumnya. 

The Suicide Squad dirancang untuk tayangan pada Ogos 2021. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan