Azhan Rani Kongsi Siapa Sebenarnya Pelacur RM30 Yang Buat Penonton Geram


Sesiapa yang menonton siri tv Nur 2 pastinya merasa geram dengan perangai Ustaz Hamadi dalam setiap episod. Malah, ada yang menyatakan bahawa watak itu kini sudah menenggelamkan watak utama kisah Nur 2. Apapun, episod 10 mungkin antara episod paling panas dalam siri tv berkenaan.


Di dalam episod ini, kita dipaparkan tentang bagaimana Ustaz Hamadi cuba untuk melanggan pelacur dan akhirnya berakhir dengan mendapatkan pelacur tua yang sanggup dibayar RM30. Paling keji, Ustaz Hamadi melakukan hubungan dengan pelacur itu di dalam tandas di bilik hotel tempat isterinya sedang tidur.

Di laman Instagram, Azhan Rani berkongsi di sebalik tabir adegan tersebut:





scene ini memang dah ada dalam skrip tapi serius masa tu aku pun tak sangka akak @bunga.qu atau kat set kami panggil dia #kakina ni yang akan bawa makcik ni.. akak ni bukan orang lain pun dalam family #nur2 ni .. dia adalah assistant wardrobe department.. segala baju2, tudung2 yang elok bergosok dalam cerita ni under tangan dia la bersama boss dia @imanali71 .. kak ina ni juga ada involve dalam #klgangsterunderworld di @iflixmy juga sebagai asst. wardrobe.. hagak jugak la nak melogikkan sangkaknya watak hamadi ni dengan rm30 yang dia ada tu ambik makcik ni.. tapi realiti di lorong2 ada je yang seusia malah lebih berumur lagi macam ni masih ada bekerja begini.. yang macam syed hamadi ni ko rasa ada ke..? aku harap takde la.. ke memang ada?? #behindthescene #episod10 #jumpa malam ni #episod11 #nur2 @tv3malaysia #arahan @budakijat @radiusone_official @dramaradiusone @dramasangat #terimakasihkeranasetiabersamakami @khiriah17 @ucheefukada @ribenashah @ejchomey #jomkecamayahaji
A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Di post berkenaan juga, pelakon itu mendedahkan bahawa pelakon tersebut sebenarnya ialah sebahagian daripada kru siri tv berkenaan. Malah, Azhan Rani juga turut mendedahkan bahawa kru di bahagian wardrobe itu turut pernah terlibat dalam penggambaran siri iflix, KL Gangster Underworld. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan