Empat Watak Baru Filem 'The Suicide Squad' Didedahkan

Sebelum ini, kita tahu bahawa beberapa watak daripada filem Suicide Squad arahan David Ayer tidak akan kembali dalam filem sekuel Suicide Squad yang bakal ditangani oleh pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn. Selain itu juga, ada khabar menyatakan bahawa Idris Elba akan mengambil alih watak Deadshot yang sebelum ini dilakonkan oleh Will Smith. 



Berikut ialah watak-watak baru yang bakal tampil dalam Suicide Squad 2, seperti didedahkan oleh Collider. 


Ratcatcher, ataupun dikenali sebagai Otis Flannegan yang mana merupakan watak antagonis kepada superhero Batman. Jika dalam komik, wataknya ialah lelaki, namun dikatakan bahawa watak ini akan dilakonkan oleh wanita bagi filem ini. 


Nanaue, ataupun dikenali sebagai King Shark iaitu jerung yang mempunyai badan manusia. 


Polka-Dot Man, atau juga dikenali sebagai Mister Polka Dot yang merupakan antara antagonis Batman di dalam komik. Kuasanya ialah dia mempunyai beberapa polka dot di badannya yang boleh bertukar menjadi bebola api. 


Peacemaker, atau dikenali juga sebagai Christopher Smith ialah seorang ejen yang mana bermatlamat extremis. Ada ura-ura menyatakan bahawa Dave Bautista dicanang untuk melakonkan watak ini. 

James Gunn bakal menulis lakonlayar dan mengarahkan filem ini yang merupakan reboot kepada filem sedia ada. Ada ura-ura menyatakan bahawa Margot Robbie akan membuat penampilan dalam filem ini tetapi masih samar-samar. Joel Kinnaman yang melakonkan watak Rick Flagg tidak akan kembali dalam filem ini.

The Suicide Squad akan ditayangkan pada Ogos 2021. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan