Pengarah Rancang 'Wonder Woman 3' Bakal Berlatar Belakangkan Zaman Moden

Patty Jenkins, pengarah filem Wonder Woman mendedahkan tentang perancangannya untuk membina latar filem Wonder Woman 3 pada zaman moden. Wonder Woman yang dilakonkan oleh Gal Gadot mula muncul buat kali pertama dalam filem Batman vs Superman: Dawn of Justice sebelum mendapat filem solonya yang menyaksikan wataknya bertarung dengan Ares.


Wonder Woman memecahkan tradisi filem superhero kerana menjadi antara filem superhero wanita yang berjaya. Dan disebabkan itu, sekuelnya kini dalam proses penghasilan. Walaupun filem kedua Wonder Woman belum lagi siap dan ditayangkan, Pattty Jenkins sudah punya idea untuk sekuel ketiga. 

Adalah menarik untuk melihat watak Wonder Woman di zaman moden. Kita akan melihat watak Wonder Woman di luar dunia filem Justice League dan melihat kisah peribadinya yang belum diterokai. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan