Mufti Perlis Keluar Kenyataan Isu Boikot Filem 'Polis Evo 2'




Selepas Lembaga Penapisan Filem mengeluarkan kenyataan berkenaan filem tersebut yang tidak mencemarkan agama Islam, terkini, Mufti Perlis, Dr. Asri pula mengeluarkan kenyataan. Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak penerbit menemuinya dan mempelawanya untuk menonton filem berkenaan bagi melihat sendiri isi kandungan filem tersebut.


Berikut ialah kenyataan Dr. Asri di lama sosialnya:



ULASAN TENTANG FILEM POLIS EVO
Saya bimbang ada pihak TERSALAH faham dengan TAJUK berita ini. Apatahlagi media tidak melaporkan apakah nasihat saya itu.
Sebenarnya, pihak penerbit baru sahaja berjumpa saya dua hari lepas BUKAN sebelum penerbitan. Ketika itu saya telah memberikan beberapa pandangan umum setelah melihat trailer filem berkenaan. Antaranya;
1. Trailer filem ini memberikan mesej yang kurang baik tentang imej Umat Islam. Namun saya tidak tahu filem yang sebenarnya.
2. Saya tidak dapat memberikan komen secara pasti kerana belum menonton keseluruhannya.
3. Ketika dunia musuh menggambarkan umat Islam sebagai pengganas, kita tidak wajar membantu mereka mengukuhkan lagi agenda itu.
4. Realiti di Malaysia setakat ini ekstrimis belum sampai ke peringkat seperti yang digambarkan dalam trailer itu. Saya rasa tiada keperluan nak digambarkan seperti itu. Kita bukan di kawasan Daesh atau ISIS. Saya bimbang ia memberikan gambaran salah tentang Malaysia yang harmoni yang menukar kerajaan tanpa menumpahkan setitis darah pun.
5. Jika pengganas itu sebagai watak hitam atau jahat dalam filem berkenaan yang mewakili ajaran sesat atas nama Islam, apakah dalam filem ini ditonjolkan ajaran Islam yang sebenar yang harmoni? Jika ada, maka itu dapat menjaga nama Islam. Jika tiada tapi setakat pertarungan dengan pihak berkuasa sahaja, itu akan memberi mesej salah kepada penonton khususnya non-muslim. Saya beri contoh filem MUNAFIK yang menonjolkan watak salah tetapi ada watak baik yang mewakili ajaran Islam yang betul. Maka, tidak nampak Islam dihina ataupun dipersenda.
6. Apakah persepsi non-muslim terhadap Islam jika mereka menonton filem ini? Tidakkah nanti mereka akan menyatakan muslim sendiri akui mereka pengganas?
Walau bagaimanapun saya beritahu bahawa saya tidak dapat menilai dengan adil sehingga saya menontonnya. Namun, itulah isu-isu yang saya rasa perlu dinilai.
Itulah ulasan umum saya tanpa menghukum filem yang belum saya tonton. Terima kasih kepada penerbit yang datang bertemu dan mengajak saya menonton untuk penilaian sebelum ditayangkan kepada umum. Jika ada masa, saya akan lakukannya. In sha Allah.

Kenyataan ini dikeluarkan apabila penerbit mendakwa telah mendapat nasihat daripada Mufti Perlis dan Mufti Wilayah Persekutuan. Dr. Asri tampil menjelaskan bahawa penerbit hanya berjumpanya selepas isu ini berbangkit beberapa hari lepas.

Polis Evo 2 di pawagam 22 November 2018.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan