'Mahaguru' Filem Silat Realistik, Z. Lokman Minta Hormat Dirinya Sebagai Orang Tua

Filem 'Mahaguru' ialah karya terbaru arahan Z. Lokman yang sebelum ini hadir dengan filem Mendidih Bro. Mahaguru ialah filem bergenre aksi silat yang dikatakan bakal mewarnai dunia sinema Malaysia. Namun, semenjak trailer dimuat naik pada 11 Oktober lalu, netizen mengecam filem ini kerana kualiti trailer.


Ditemui Harian Metro di sesi tayangan perdana filem ini, Z. Lokman turut menempelak media yang selalu menjatuhkannya.
Tak pernah saya dipuji dan semuanya nak 'membantai' Z Lokman. Siapa pengarah Melayu yang tertindas selama ini kalau bukan Z Lokman? Hormatlah saya sebagai orang tua. Kalau dah benci, lupakan saya. Tapi saya akan terus berdiri di sini.
Selain itu, pengarah filem yang pernah mengarahkan drama Tagalog ini menyatakan bahawa Mahaguru dihasilkan dengan aksi silat yang lebih realistik.
Saya tak boleh nak melebih-lebihkan aksi seperti terbang, tendang berpusing dan sebagainya kerana perlu realistik. Bukan tak boleh buat, tapi saya nak tunjukkan inilah silat Melayu yang sebenarnya. Ini adalah filem patriotik dan mempertahankan adat budaya kita.

Filem terbitan Bismi Adira Production ini menampilkan barisan pelakon Mokhtaruddin, Bismi Adira, Alif AF6, Aman Shah, TS Jeffrey, Salman Al-Farisi, Harya Zaleha dan Eliza Mustafa.

Mahaguru di pawagam 15 November 2018.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan