Laman Penstriman Sah Yang Korang Boleh Tonton Filem Secara Sah


Hari ni admin nak share sikit beberapa website atau aplikasi yang memudahkan korang untuk tonton filem secara online. Laman ni semuanya legal. Dan yang paling penting, tak kena saman.

1. Netflix

Siapa tak kenal Netflix? Ianya ialah sebuah platform penstriman yang paling terkenal. Bagi admin, Netflix kuat dengan content originalnya yang mana tidak boleh ditonton di pawagam.

Malah, beberapa filem besar juga dibeli Netflix sehingga pihak penerbit terpaksa membatalkan tayangan di pawagam. Antara filem itu ialah Cloverfield: Paradox, Annihilation dan yang terbaru The Jungle Book.

Selain content antarabangsa, Netflix ada juga content Bollywood, Korea, Jepun, Turki dan Malaysia. Tapi content ini terhad. Jadi, kebanyakan orang yang Subscribe Netflix ni ialah sebab diorang nak tonton Netflix Original Series dan Movies yang memang kebanyakannya memang hebat.

Langganan Netflix ada tiga pakej. Tapi, kalau seorang je nak layan, pilih je pakej RM30. Murah, mudah dan senang.

Aplikasi Netflix ada di platform Android, Microsoft Store dan juga iOS.

2. Viu

Bagi penggemar rancangan siri tv dan filem Korea, memang direkemen sangat Viu ni. Korang boleh Viu beberapa content filem dan sirinya secara percuma tetapi terhad. Beberapa content yang lain memerlukan korang membayar langganan bulanan serendah Rm10.

Viu juga giat menerbitkan siri Original diorang. Siri seperti Jibril dan Salon antara usaha diorang untuk menarik penonton Malaysia untuk melanggan penstriman ini.

Viu boleh didapati di Playstore dan iOS.

3. Astro Go & Njoi NOW


Jika korang ada akaun Astro, Astro Go mungkin satu satunya penstriman Astro yang boleh dibawa ke mana saja. Tapi, kalau takde akaun pun takpe. Korang boleh je log in.

Korang boleh layan channel Astro secara percuma. Malah, korang juga boleh melanggan filem yang ditayangkan di AstroFirst dengan harga serendah RM15, yang mana lebih kurang je harga tiket wayang.

Astro Go juga boleh didapati di Playstore dan iOS.

4. iFlix

Jika korang rasa korang gemar content Asia, dan nak tonton perlawanan bola secara mudah, iFlix ialah pilihan korang. iFlix ni ialah option jika korang rasakan Netflix tu mahal.

iFlix ni seperti Viu. Ada sesetengah content korang boleh tonton percuma. Ada sesetengahnya yang memerlukan korang melanggan secara bulanan. Yuran langganannya serendah Rm10 sahaja.

Namun, content iFlix ni tak banyak mana. Bolehlah dengan harga yang murah tu. Tapi, ada juga Original Seriesnya yang wajar ditonton seperti KL Gangster Underworld.

Malah, ada juga beberapa penerbit filem tempatan memilih untuk menayangkan filem mereka di penstriman iFlix selepas filem tamat tayang di pawagam seperti KL Special Force dan Wheely.

5. TubiTV

Kalau korang nak layan filem free dan legal, TubiTV ialah pilihannya. Disebabkan percuma, TubiTV ni tak banyak pun content filem hebat. Mostly, diorang ada koleksi filem gred B dan juga tahap sampah yang mana bolehlah dilayan ringan ringan.

Admin pernah layan Titanic 2, maaaak ai, taraf Badang kot!

6. Zee5 dan Eros Now














Bagi penggemar filem Bollywood, ini ialah laman penstriman paling besar kalau korang nak layan filem Bollywood. Eros Now mengenakan caj Rm10 sebulan jika mahu tonton filem dengan sarikata dan juga filem baru.

Zee5 pula mempunyai yuran langganan serendah RM20.90 sebulan.

Kebanyakan penerbit filem Bollywood baru memilih platform ini untuk menayangkan filem baru mereka selepas ditayangkan di pawagam. So, memang berbaloi habis kalau nak layan filem Bollywood sampai lebam.

Eros Now ada kemudahan mendengar lagu dari filem baru yang dikeluarkan. Zee5 tiada. So, Eros Now lebih hebat dari Zee5.

7. Tonton
Tonton ialah platform daripada rangkaian Media Prima. So kalau korang gemar drama jam 7 dan slot drama dari TV Media Prima (Tv3, NTV7, 8TV dan TV9) maka korang perlu ada aplikasi ni.

Dulu diorang ada yuran langganan. Sekarang Tonton boleh diakses secara percuma. Tak perlu log in. Install dan layan!

8. RTM Mobile
Mungkin ramai tak tahu yang RTM juga ada platform streamingnya yang tersendiri. Mostly, aplikasi ni untuk korang layan siri tv dan juga content yang disiarkan di saluran tv RTM. Selain itu korang boleh juga dengar radio tau!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan