'Venom' Akan Ada Dua Babak Post-Credit, Jangan Bangun Dulu Selepas Tonton!


Filem terbaru Sony Pictures, Venom akan mempunyai dua post-credit scenes. Filem Venom sudah menjadi impian Sony Pictures sudah lama semenjak 90an. Percubaan pertama mengadaptasikan watak ini dimulakan dalam filem Spider-man 3 pada tahun 2007 yang menjadi suatu kegagalan. Dan disebabkan itu, Spider-man direboot semula, dan Venom mendapat filemnya sendiri.


Screenrant mengesahkan bahawa filem ini mempunyai dua post-credit yang mana memberikan ianya sesuatu klu untuk filem yang akan mendatang. Dua post-credit scene ini akan diletakkan di awal sebelum kredit bermula dan satu lagi di penghujung kredit.

Venom bakal menjadi kayu ukur kepada berjayanya Sony Pictures menghasilkan filem Spider-man Universenya yang tersendiri. Jika berjaya, filem Venom mungkin bakal menjadi pemula kepada universe baru dan sekaligus bersaing dengan universe MCU dan DCEU!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan