James Gunn Bakal Tulis Skrip Dan Arah Filem 'Suicide Squad 2'?


James Gunn mungkin bakal menerajui sekuel filem Suicide Squad yang sebelum ini dimulakan oleh pengarah David Ayer. Suicide Squad ialah antara filem dalam dunia DCEU yang menjadi antara filem yang digemari peminat. Dan semestinya, sekuel filem ini sudah dirancang dalam masa terdekat. Malangnya, David Ayer tidak lagi menerajui filem sekuel.


Menurut The Hollywood Reporter, James Gunn dilaporkan telah mengikat perjanjian untuk menulis skrip filem Suicide Squad, namun ada juga ura-ura yang menyatakan bahawa pengarah Guardians of the Galaxy itu mungkin akan mengarahkan filem sekuel itu juga.

Namun, semua ini masih belum jelas lagi dan masih lagi di awal proses perbincangan. Dengan perancangan Warner Bros yang kini sudah berubah hala, masuknya James Gunn untuk mengarahkan filem DCEU mungkin ialah satu taktik yang bagus untuk membina filem DCEU yang berjaya. 

Sepertimana yang ramai tahu, James Gunn sebelum ini telah dipecat dari mengarahkan filem Guardians of the Galaxy Vol 3 kerana satu isu melibatkan tweetnya. Dan kini, dengan peluang yang ada, nampaknya peluang James Gunn untuk membikin sebuah filem di luar filem MCU kini sudah terbuka. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan