Ini Senarai Babak 'Venom' Yang Dibuang, Bukan Berdurasi 40 Minit Tapi 7 Jam! [SPOILER ALERT]


Beberapa minggu lepas, Tom Hardy mencetuskan kegusaran peminat apabila menyatakan bahawa 40 minit daripada babak yang dia minat dipotong daripada filem Venom. Perkara ini didedahkan oleh Comic Explained yang menemubual Tom Hardy semperna promosi filem itu.


 there are 30 to 40 minutes' worth of scenes that aren't in this movie... Mad puppeteering scenes, dark comedy scenes
Namun, ketika ditemubual IGN, Tom Hardy mendedahkan bahawa footage sebenar filem Venom sebenarnya berdurasi 7 jam atau lebih dimana memaparkan dirinya bermain dengan watak itu.

What I'm saying is that I had a lot of time improvising and a lot of freedom to play Venom. In honesty, there's probably about seven hours or more worth of footage of me playing as Venom and enjoying myself.
Nah, pada awalnya, 40 minit, lepas tu peminat dikejutkan dengan footage sepanjang 7 jam, semuanya sudah tidak berjaya memasuki filem Venom yang sudah siap. Namun, apa sebenarnya bahagian yang dipotong dan tidak berjaya dimasukkan ke dalam filem Venom demi memastikan durasi filem ini sesuai untuk ditonton?

Kami dedahkan.

1. Babak Tom Hardy menggila dengan Venom

Dalam tembubual bersama Comic Explained, Tom Hardy mendedahkan tentang babak-babak dimana dia cuba untuk mengawal Venom yang sedang berada di dalam badannya. Antara babak yang menarik yang berjaya ditonton dalam filem Venom yang sudah siap ialah babak dimana Eddie Brook cuba bertarung dengan dirinya sendiri sehingga masuk ke dalam tangki udang galah dan juga banyak lagi.


Babak Venom menjadikan Eddie Brook sebagai patung kawalannya muncul selepas plot filem dibina dengan agak lambat. Dan semestinya, pengarah filem ini memotong beberapa bahagian filem ini supaya plot Venom tidak menjadi lebih lambat.

Pastinya, di dalam footage yang kini disimpan, akan ada banyak lagi babak Venom mengawal Eddie Brook sebelum dia benar-benar sebati dalam diri Eddie Brook sepanjang filem.

2. Komedi 'dark'

Komedi yang berunsur kedewasaan ini semestinya sudah dibuat namun tidak dimasukkan ke dalam filem kerana mahu filem ini dikelaskan sebagai PG13. Perkara ini juga didedahkan oleh Tom Hardy sendiri ketika temubual. Jika benar apa yang dikatakan oleh TomHardy, maka semestinya pengarah filem ini ada niat untuk buatkan filem Venom mempunyai rating R. 


Adakah pihak Sony masuk campur dan membuatkan kesemua babak yang boleh menyebabkan Venom diklasifikasikan sebagai R-rated dibuang dan tidak dimasukkan ke dalam filem? Lagipun, babak akhir filem ini, dimana Venom memakan seorang pemeras ugut nampaknya seperti tidak kena dan kelihatan seperti percubaan untuk mengimbangi tona filem ini yang dark.

Adakah babak akhir yang berlaku di dalam kedai itu sepatutnya muncul lebih awal di dalam filem Venom? Adakah Eddie Brook dan Anne Weying mempunyai kisah cinta yang lebih banyak dan dalam daripada apa yang kita saksikan? Adakah watak Jenny Slate sebagai Doctor Dora Skirth lebih besar peranannya daripada apa yang kita saksikan? 

3. Lompong plot

Semestinya, pemotongan 40 minit / 7 jam (mana mana satu tidak diketahui) daripada filem ini akan memberi kesan kepada plot filem Venom. Dengan bajet filem ini yang berjumlah USD100 juta, semestinya filem ini mempunyai pakar penyelia skrip yang baik untuk mencipta struktur filem yang sempurna. 


Daripada filem yang kita tonton, terlalu banyak persoalan yang timbul tetapi tidak ada jawapan. Kenapa makmal Carlton Drake tidak ada kamera sekuriti sehingga gagal mengesan siapa yang ceroboh masuk ke bangunan? Kenapa Eddie nampak seperti tidak terkejut pun apabila dia melekat di dinding buat pertama kali semasa melarikan diri dari makmal? Atau semasa dia melompat melalui pagar? Kenapa Annie dan Eddie boleh berpisah dengan senang je? Kenapa Venom tak mampu pecahkan tingkap kaca dalam bilik MRI? Bagaimana budak kecil itu boleh melepasi tapisan keselamatan lapangan terbang dengan bersendirian? Adakah Riot tahu bagaimana nak guna passport? Apa pula yang Riot buat sepanjang enam bulan di Malaysia pada awal filem? Apa nasib simbiote yang lain? Kenapa hanya tiga watak utama, Eddie, Carlton dan Anne sahaja yang boleh bergabung dengan symbiote?

Terlalu banyak persoalan!

Sudah pasti, kebanyakan jawapan kepada soalan di atas berada dalam babak yang sudah dipotong. Mungkin siapa yang memotong babak-babak penting ini menganggap penonton tidak kisah tentang kontinuiti dan juga jiwa penonton yang menonton. 

4. Spider-man

Secara realistiknya, ianya adalah amat mustahil untuk memasukkan Spider-man dalam filem Venom. Filem Venom ini pada asalnya bermula sebagai hak milik Sony ketika Sony masih membikin filem Spider-man lakonan Tobey Maguice. Namun, ketika projek Venom nak dibikin semula, Spider-man sudah pun dijual kembali kepada Disney. Beberapa filem hasil kerjasama Sony dan Disney diterbitkan, namun akhirnya Spider-man menerjah masuk ke dalam dunia MCU.

Pernah dahulu, penerbit Venom, Amy PAscal mengesahkan bahawa Venom sebenarnya berada di dalam dunia MCU, namun dia juga menyatakan bahawa filem terbitan Sony juga mempunyai arah tuju untuk berkesinambungan dengan MCU. Hal ini menunjukkan bahawa Sony dan Disney mahukan Venom dan Spider-man bergabung dalam satu filem di masa hadapan. Namun, semua ini masih samar-samar ketika ini kerana tiada kenyataan rasmi daripada kedua pihak.


Kemunculan Stan Lee dalam filem Venom agak pelik, namun masih menarik. Untuk pengetahuan korang, Stan Lee bukanlah pencipta Venom. Namun begitu, disebabkan projek filem Venom ini diterbitkan ketika usaha Disney untuk mendapatkan kembali harta superhero dari Fox, adakah kemunculan Stan Lee dalam filem Venom seolah satu petanda bahawa Sony mahu Venom bergabung dalam filem MCU?

Adakah di filem sekuel Venom 2 nanti, kita akan melihat Eddie Brook merenung ke arah Stark Tower atau membaca berita di akhbar tentang Stark Industries? Atau dia akan menyertai Avengers? 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan