Warner Bros Rancang Singkirkan Timeline Zack Snyder Melalui Filem 'Wonder Woman 1984'?



Berita penangguhan tarikh tayang filem Wonder Woman 1984 daripada bulan November 2018 ke Jun 2019 kini menimbulkan pelbagai spekulasi. Antara satunya ialah adanya khabar angin menyatakan bahawa penundaan ini dilakukan bagi memberi ruang kepada filem ini diolah semula bagi mereboot semula DCEU secara keseluruhan.


Perkara ini diperkatakan oleh seorang Youtuber bernama Grace Randolph yang mana mendengar perkhabaran ini. Dia menyatakan bahawa dalam filem ini, Wonder Woman akan diselamatkan buat kali kedua dan sekaligus akan mereboot keseluruhan timeline dunia filem DCEU. 

Filem Wonder Woman tidak akan melibatkan watak The Flash. Ianya hanyalah filem tentang Wonder Woman yang cuba menyelamatkan Steve Trevor yang menyebabkan garis masa dunia berubah. Namun, plot ini akan mirip kepada kisah bagaimana Barry Allen cuba untuk ke masa lalu untuk menyelamatkan ibunya dan mengubah garis masa.

Khabar angin menyatakan bahawa Warner Bros tidak mahu menunggu filem The Flash yang dirancang pada tahun 2021 untuk reboot dunia DCEU. Disebabkan Wonder Woman 1984 berlaku sebelum kisah DCEU bermula, maka ianya ialah filem yang sesuai untuk mengubah garis masa filem DCEU.

Perkara ini nampak selari dengan khabar angin yang menyatakan bahawa plot Flashpoint yang bakal dimasukkan dalam filem soloThe Flash sudah dibatalkan. Filem The Flash dikatakan akan mendapat plot yang lebih ringan dengan konsep ala Back to the Future. Jika ianya benar, maka berkemungkinan plot Flashpoint sudah diadaptasi ke dalam filem Wonder Woman 1984.

 Walaupun ada perubahan besar dalam dunia DCEU, khabar angin menyatakan bahawa Gal Gadot akan kekal sebagai Wonder Woman, Margot Robbie juga kekal sebagai HArley Quinn, manakala Zachary Levi masih kekal sebagai Shazam. Apa yang akan berlaku dalam perubahan ini ialah beberapa karakter akan menjalani proses pencarian pelakon semula.

Jika ini benar, berkemungkinan juga Warner Bros akan cuba untuk memadam garis masa yang dicipta dari filem Man of Steel, Batman vs Superman dan Justice League yang mana dicipta oleh Zack Snyder. 

Ben Affleck yang memegang watak Batman, Henry Cavill sebagai Batman, dan juga Aquaman lakonan Jason Momoa mungkin akan disingkirkan. Malah, jika Ezra Miller juga gagal untuk kembali sebagai The Flash kerana jadual padat dan komitmennya dengan francais Fantastic Beast, dia juga akan disingkirkan.

Ada kemungkinan juga filem Joker yang sedang menjalani penggambaran yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix akan menjadi sebahagian daripada reboot bersama dengan filem The Batman arahan Matt Reeves yang bakal menampilkan Batman yang lebih muda. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan