Dave Bautista Berminat Untuk Sertai 'Suicide Squad 2' Jika James Gunn Jadi Pengarah



Hari ini, peminat filem superhero dikejutkan dengan ura-ura bahawa James Gunn bakal menulis dan mengarahkan filem Suicide Squad 2. Perkara itu terus mendapat sokongan pelakon Dave Bautista yang berada di belakang James Gunn selepas pemecatannya dari Disney. Pelakon itu telah meluahkan keterujaannya untuk menyokong tindakan James Gunn menyertai DC Films.



Bautistia sudah lama berada di dalam filem arahan James Gunn semenjak filem Guardians of the Galaxy. Pelakon yang merupakan bekas ahli gusti terkenal itu juga sentiasa menyokong tindakan James Gunn selepas dia dipecat oleh Disney.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan